Tuesday, 20 October 2015

New chapter

Alhamdulillah. Hati terasa tenang. Semalam aku ada berborak dengan seorang teman. Teman yang tidak pernah bersua muka. Rasanya lebih baik begitu sebab bila dia tak kenai aku dan keluarga ku maksud aku ialah kenal secara fizikal. Jadi dia tidak akan buat judgement yang berat sebelah. Dia tidak masuk sebelah aku melebih-lebih.
Nasihatnya simple tapi amat menenangkan hati. Aku rasa aura positif ada dalam diri aku walaupun baru 1%. Tiap kali rasa nak marah..aku ingat pesanannya. Alhamdulillah. Aku berdoa semoga aura positif melebihi aura negatif yang ada dalam diri aku.
Ego. Ya jujur aku mengaku aku sebenarnya ego. Aku sentiasa rasa aku betul, aku di aniaya dan segala-galanya tentang aku. Allahhuakbar. Teruk kan aku ni? Pagi ini aku mohon maaf kepada yang sepatutnya aku mohon maaf.
New chapter, new life, new beginning...

Walaupun terlewat 6 hari ....still aku nak ucapkan SALAM MAAL HIJRAH 1437H.
InshaAllah aku akan berhijrah diri aku sendiri dulu sebelum aku ajak yang lain berhijrah.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin