Tuesday, 28 January 2014

Pengkhianat.....

Saya sendiri hairan dengan diri sendiri.(Ececece) Sekarang kalau rasa marah yang amat sangat, saya cuma mendiamkan diri. Mengemas rumah. Terapi yang baik mungkin. Kemudian lepas bersihkan diri saya tidur. Dengan tidur segala masalah tak perlu saya fikir. Saya boleh rehat. 
Segalanya tentang kita sudah tertulis di Loh Mahfuz. Saat air mani dijadikan sudah tertulis siapa ibu bapa kita, perjalanan hidup kita. Cuma saya mohon pada Allah agar saya kuat dan mampu mengharungi dugaan dan ujian. Ini tanda Allah sentiasa ingat pada saya. Saya saja yang kadang2 lupa padaNYA...ampunkan hamba mu ini ya Allah. 
Saya tidak boleh menerima bila diri saya dan kepercayaan saya dikhianati. Saya tidak boleh memaafkan pengkhianat itu. Dikhianati dan ditipu berulang kali. No mercy for traitors. Bila saya dapat tahu saya dikhianati dengan bukti didepan mata saya tidak melatah. Saya tidak menjerit seperti kerasukan hantu. Tiada kata yang saya keluarkan. Saya cuma mendiamkan diri.

1) Mendiamkan diri dari mengelakkan saya melakukan perkara bodoh. 
2) Mendiamkan diri kerana saya punyai maruah yang tinggi kerana saya adalah seorang ibu, seorang isteri dan seorang perempuan. Saya tidak akan mencalarkan maruah saya sendiri. 
3) Mendiamkan diri untuk mengelakkan saya ketawa melihat kebodohan seorang pengkhianat. Sesuai dengan pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya mati kena lenyek dengan audi RX8.

Kawan sekerja hairan kenapa saya boleh cool macam ni. Macam mana saya tak cool sebab hati saya dah cold. Tapi memikirkan "harta-harta"saya , maka saya tidak boleh memikirkan hati perut saya sendiri. Masa kecik saya menjalani hidup yang pincang maka saya tidak akan biarkan "harta-harta" saya rasa apa yang saya rasa. Bertabahlah saya. Ya tabah jangan sampai rebah :). 

No mercy for traitors 


No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers