Turut sama mengomen dalam wall FB ADUN KUAH, LANGKAWI. Berkenaan dengan dia singgah di Kamdar membeli pakaian sekolah untuk 2 orang kanak-kanak. Si ibu adalah ibu tunggal. Status bapa kanak-kanak itu tidak diketahui sama ada masih hidup atau meninggal. Fine terima kasih banyak-banyaklah sebab sudi membantu dan melaksanakan tugas wakil rakyat.
Jika dilihat dari fizikal ibu maka si ibu mampu berkerja untuk menampung hidup dia dan anak-anak. Bergaya habis si emak. Ok lah kita cuma dari gambar maka kita buat andaian kita sendiri.
Pointnya disini adalah jika mampu dan sihat walafiat maka berkerjalah. Di Langkawi ni pelbagai peluang pekerjaan ditawarkan cuma nak dan tak nak saja. Anak aku pun masa cuti sekolah turun padang buat part time cari duit untuk beli baju sekolah dan buku. Bertanggung jawablah pada anak-anak. Jangan asyik menadah tangan mengharapkan bantuan. Sikit-sikit mengharapkan bantuan. Lambat dapat bantuan merungut. Ini sikap orang kita yang dimanjakan dengan bantuan. Sana sini bantuan. Tolong lah...kalau kita tidak berusaha macam mana nak dapat hasil? Sehari dua orang akan bantu tapi kalau setiap kali jemu tau.
Masa aku darjah satu dulu seingat aku tidak pernah menerima sebarang bantuan. Aku dok dengan Tok . Bapa aku sikit tak ambik kisah nak hulur sekupang dua. Jadi seingat aku memang tak dapat apa-apa bantuan. Baju sekolah beli sendiri, buku pun beli sendiri, yuran sekolah pun bayar sendiri. Tok aku cuma kerja kampung, dan dapat bantuan JKM RM30 sebulan. Itu pada tahun 1984. Tabik la pada arwah Tok aku sebab dia menyimpan untuk persekolahan aku. Masuk sekolah menengah pun sama. Duit Tok aku juga untuk bayar yuran exam SRP dan SPM. Jadi memang aku geram bila orang bersikap sikit-sikit "bantuan" dan "subsidi".
No comments:
Post a Comment