Tuesday, 2 September 2014

Carrot cake-secret recipe


Gambar tak jelas.
Semalam beli 1 slice carrot cake ni SR. Adoii sebab dah lama teringin nak makan (tak mengandung ok). Kebetulan lalu disitu dan teringat nak beli kek coklat 1 slice juga untuk kakak sempena birthday dia. Mulut masih teringat carrot cake yang dimakan 5 tahun yang lalu. Sedap betul.  Tapi hampanya hati bila carrot cake SR ni tidak menepati kehendak mak encik. Kek nya tak fresh. Mungkin dan 2 hari kot. Kering dan tak moist. Ermm yang dimakan 5 tahun lepas moist dan sedap sangat. Habislah asyik tak ok ja semua kan. Ini pandangan saya sendiri coz saya yang makan yer. Lain-lain menu tak try lagi. Pasti ada yang menepati selera mak encik. Nanti lah mak encik cuba :). Harapan lepas ni SR akan buat carrot cake yang moist hehe.

Chocolate indulgence untuk kakak. Jadilah 1 slice. Kalau beli sebiji belum tentu habis sebab depa kokak toping tu jer. Lepas tu beli candy girl tu letak kat atas. Habis cerita. Settle hutang kek dengan kakak. :)

Ok kasi alamat sikit Secret Recipe di Langkawi.

SECRET RECIPE
Lot GF, 6B, Langkawi Fair Shopping Mall
Jalan Persiaran Putra
Langkawi
Tel: 04-9699107
Open daily ok dari 10.30 am-10.00 pm.

Di Chenang pun ada juga. Di bangunan baru ditepi jalan tu. Kalau dari airport terletak disebelah kiri. Jadi jeling-jeling lah yer.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers