Tu dia asyik cerita pasai makan saja. Macam mana nak kurus?? Sebenarnya mak encik cuba kurangkan pengambilan nasi. Cuba ambik setakat sesenduk saja. Memang lepas makan rasa lapar sebab sebelum ni ambik semangkuk penuh. Dari semangkuk dikurangkan kepada sesenduk. Tak pa lama-lama nanti biasa la tu kan. Ok lah semalam masa lunch try la set ni green curry kat KFC.
1st time makan green curry. Rasanya not bad. Terasalah lemak dan cukup rasa. Ada kacang peas dalam tu.
KFC pun dah sediakan macam-macam menu. Dulu setakat ayam goreng saja. Throwback 23 tahun lalu, murah gila harga KFC ni. Bawa RM 10 masuk KFC ada balance banyak lagi. RM 10 dah boleh makan di KFC, dah boleh beli tiket tengok wayang dan buat tambang bas. Tambang bas dari rumah ke Sungai Petani pergi dan balik baru RM 1.60. Mewah sangat dah masa tu. Sangat kesian pada diri sendiri sebab masuk form 2 baru dapat makan ayam KFC. Tapi anak sendiri?? Umur 2 tahun dah kenai apa itu KFC. :). Mewah betul dia orang ni.
Ok back to cerita green curry ni, for me OK rasanya. Sebab tak pernah makan the real green curry jadi tak dapat nak bezakan rasanya tu.
Ok bagi yang belum mencuba silalah cuba sebab saya dah cuba :))
No comments:
Post a Comment