Wednesday, 28 January 2015

Nafkah


Akhirnya dia berjaya mendapatkan hak untuk anak-anak dia. Walaupun jumlah yang dia dapat tidak sama seperti yang dia tuntut. Tapi still berbaloi jugalah untuk anak-anaknya. RM 3K. Aku tak masuk sebelah si Aidil atau Rita. Cuma bila sentuh bab anak, semua Ibu dalam dunia termasuk ibu kucing, lembu akan mempertahankan hak anak-anaknya. Jadi sebagai ibu Rita menuntut dan mempertahankan hak anak-anaknya. Memang kalau Aidil tak bayar nafkah pun Rita mampu menanggung keperluan anak-anaknya. Tapi si Aidil tu bapa kepada anak-anaknya, malah lebih dari mampu untuk menanggung keperluan anak-anak. Jadi memang seharusnya Aidil membayar nafkah anak-anaknya. Aku rasa kalau semua sedar akan tanggungjawab ni takkan ada kes macam ni. Tak kiralah bercerai talak 19 belas pun tapi anak tu tetap anak kau dan makan pakai, minum tempat tidur adalah dibawah tanggungjawab kau. 
Jumlah asal yang Rita tuntut aku rasa munasabah. Saat kau celik mata dan mengerdip mata adalah duit. Nak masuk public toilet yang belum tentu bersih tahap impak maksima pun kena bayar duit beb. 
Inilah masalah bila ibu bapa berpisah. Masalah nafkah. Ada yang Hakim perintahkan bayar RM300 sebulan pun liat nak bayar. Habis macam mana? Tapi betul kalau ada yang kedekut tahap tangkai jering pun surrender kau ada harta berkoyan-koyan nama kata nak hulur nafkah pakai dak la. Tak payah tunggu bercerai berai la, yang dok serumah pun ada yang kedekut. Anak driver bas sekolah anak aku pun sama, bercerai sebab laki  kedekut tahap genggam tak tiris walaupun yang digengam tu ayaq kopi. Serius oii kalau bini tak cukup duit nak beli susu RM4 minta dia top up sebulan la dok bising benda tu. Bila dah bercerai, mengaku tu anak tapi duit ringgit kedekut puiii.
Kena la sedar tanggungjawab sendiri jangan nak main aci sorok. Aku rasa kalau si Aidil ni sedar tanggungjawab dia dan faham apa tugas suami aku rasa perkara ni takkan berlanjutan dan mungkin mereka masih sebagai suami isteri.  Dia penakut sebenarnya. 
Rita bertindak lantang kerana nak pertahankan hak anak-anaknya dan hak nya sendiri. Aku rasa yang dia bertindak agresif masa masih jadi isteri Aidil tu sebab dia nak backing maruah dia sendiri. Kalau dia tak backing maruah dia sapa lagi yang nak backing? Banyak telunjuk menuding kepada dia, kahwin di Siam sebab keluarga Aidil tak restu, tuding pada dia, kurang ajar dengan keluarga mertua tuding pada dia juga. Kalau Aidil mainkan peranan mendamaikan kedua pihak mungkin mereka expecting 3rd child sekarang :)

Ini pandangan aku jer yang menaipkan berdasarkan firasat aku!! Bab nafkah jangan dibuat main nanti di soal di akhirat. Time tu mana mau lari!!!

Lu fikirlah sendiri



No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers