Finally dapat juga bergambar dengan Tun Mahathir. Sebelum ni ada berjumpa tapi tak sempat nak approach minta bergambar. Sebab sebaik saja nampak Tun dah ada yang serbu nak bergambar dengan dia. Ini pun sebab tak ramai orang tau dia kesini, tapi nampak tak geng bawah pokok kurma tu? Nampak saja Tun keluar depa lagi awai serbu. Bila Tun nak melangkah kami pun approach Tun minta izin nak bergambar. Tun is very sporting dia kata "nak bergambaq juga" hehehe. Of coz Tun saya dah lama tunggu moment ni. Mesti la nak ada juga satu gambar dengan Tun.
Kita membesar semasa era Tun Mahathir. Bila dah kenai huruf Tun Mahathir dah jadi PM. Jadi rasa macam sebati dgn cara Tun. Masa Tun buat keputusan mengejut nak letak jawatan masa persidangan agung UMNO kita yang tengok TV ni pun menjerit jangan la "tok det" ha sampai macam tu hehe. Sesiapa yang dalam era Tun sahaja yang faham macam mana perasaan tu kan. Kini Malaysia???? Indah khabar dari rupa
No comments:
Post a Comment