I'm so sorry adik. Really2 sorry.
Kadang-kadang ibu biar adik menangis memberontak bila adik dibuli oleh Bang Chik, Ateh dan Muaz mahupun Abang.
Ibu biar adik merajuk kecik hati...
Ibu bukan tak sayang adik. Dunia akhirat ibu sayang adik. Di mata ibu, adiklah paling cantik dan sempurna. Bagi ibu adik anak yang paling baik. Ringan tulang membantu ibu. I love you sayang.
Satu benda adik kena faham, ibu biar adik menangis, belajar menyelesaikan masalah adik sendiri kerana ibu nak adik jadi kuat, jadi tabah seperti Ibu. Kita tak dapat meramal masa depan, hidup kita bukan sentiasa diselubungi gula kapas. Akan ada pahit maung dalam perjalanan hidup kita Dik. Adik perlu bersedia dari sekarang. Ibu tak mau adik lemah dan berserah bila adik ditimpa dugaan. Kita kena kuat. Kalau kita lemah lagi mudah kita ditindas. Perjalanan adik masih panjang. Coraklah masa depan adik dengan bijak. Binalah hidup adik dengan cemerlang. Ibu doakan hidup adik akan lebih baik dari Ibu.
Ini adalah takdir hidup ibu , jadi ibu harus redah dan lalui dengan tabah demi adik dan anak-anak ibu yang lain.
Ibu tidak mahu adik senasib dengan ibu dikemudian hari. Menjadi lilin, berkorban sana sini tanpa peduli dengan diri sendiri. Menahan sakit hati. Memikirkan itu ini.Membiarkan orang memerah keringat duit ringgit kita tanpa ada rasa belas ehsan. Semoga adik dijauhi dari semua ini. Biar ibu sorang yang lalui semua ini tapi bukan adik mahupun Iman.
Adik mesti ingatkan, bila adik balik mengadu pasal kawan-kawan kelas adik yang suka mengejek dan iri dengan adik yang cepat faham apa yang cikgu ajar baik disekolah mahu pun KAFA? Ibu suruh adik abaikan apa yang dia org cakap. Sikap iri tak bawa kita kemana Dik. Jadikan kata-kata tu sebagai semangat adik untuk belajar dan menempah kejayaan. Doa ibu sentiasa bersama adik dan anak-anak yang lain.
No comments:
Post a Comment