Thursday, 28 May 2015

Luahan hati 28/5/2015

Salam takziah buat junior masa di SMI. Suaminya meninggal akibat serangan sakit jantung. Entah aku tak dapat imagine macam mana perasaan dia dan kehidupan dia selepas ini bila tulang belakang kita pergi meninggalkan kita. Mati itu adalah pasti dan kita kena redha tapi kita cuma insan biasa yang dianugerahkan dengan pelbagai perasaan mesti kita rasa sedih, hiba, pilu. Bila berbincang dengan kawan aku bab ni dia kata tak pa walaupun ditinggalkan tapi bukan ditinggalkan dalam tangan kosong. Aku tak setuju langsung dengan pendapat dia walaupun ayat penyata dia amat tepat tapi adalah tidak sama bila tiada jasad hidup untuk kita berkongsi cerita, berkongsi duka, merajuk dan ketawa. Ya Allah aku doakan semoga adik junior ku tabah dan kuat menghadapi ketentuan ini.

Baca pula kisah Lt Todd yang meninggal semasa berkhidmat di Afghanistan pada 2010. Dia tulis surat pada anak dan bini dia. Macam dia tau ja yang pemergian dia kali  ke 2 ke Afghanistan adalah pergi yang tidak akan kembali. Baca kat SINI. Sedih berganda pulak aku. Ajal maut diluar tahap jangkauan pemikiran kita kan? Aku teringat masa abang ipar meninggal. Tahun 2000 dah 15 tahun pun. Memang kami tau yang dia sakit sebab injap jantung dia bocor. Sakit tu adalah asbab kematian dia. Tapi malam tu aku dan pak atan lepak dengan kawan gelak berdekah-dekah. Gembira tak ingat dunia ni hanyalah pinjaman. Pagi esok pukul 7 pagi kawan tempat kerja mai ketuk pintu rumah dan bagi tau yang abang dah meninggal. Pak mertua call kat tempat kerja (time tu hp bukan satu keperluan penting dan rumah tak ada telefon). 



1 comment:

caspercute.blogspot.com said...

Tak ingat password email oiiii

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers