Friday, 25 March 2016

Credit to who?

Jiran aku dulu umur dah 60an.Ni kisah tahun 80-an. Umur tu aku pakai agak la. Waktu tu umur aku dalam 8-9 tahun gitu.  Ada pencen sebab suami bekas tukang kebun sekolah kan. Dan anak-anak pun hulur duit bulanan juga sebab anak2 semua kerja dengan kerajaan. Rumah besar. Kira dalam kampung tu family depa termasuk dalam golongan senang-lenang. 
Dan mereka berdua ni jadi baby sitter kat cucu sendiri lah. Ya lah mak pak budak tu kerja kat alor setar jadi depa la yang menjaga cucu-cucu tu semua. Weekend mak pak tu balik la tengok si anak, hantar susu 2 tin. Begitulah seterusnya sampai lah anak masuk umur 6 tahun, mak pak ambik balik la si anak untuk masuk tadika. Macam tu lah cycle nya. 

Mak kawan aku pun mengasuh cucu sendiri juga. Macam cerita diatas juga lah cukup time nak sekolah baru mak ayah ambik anak dia org. Tapi kan salah sorang cucu dia tu sebab dah terlalu rapat dengan Tok, jadi memang tak betah nak dok dengan mak dia. Last tukar sekolah dan balik dok dengan Tok dia balik dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah.

Apa yang menarik hati aku ialah, apabila mak ayah dah ambik anak-anak tu, atau ada yang pagi sebelum pi kerja hantar ke rumah petang ambik balik, jadi yang mendidik dan mengasuh anak-anak tu sebenarnya tok dan wan dia orang. Bukan mak ayah sendiri. Paham sendiri bila Tok dan Wan yang menjaga cucu tu, cara didikan tu macam mana. Jiran aku yang umur 60 an tu, cara dia jaga cucu2 dia, pagi hari dia dah masak nasi. Jadi cucu dah breakfast nasi. Aku tumpang sekaki makan nasi haha. Lepas tu dia ajar mengaji quran. Lepas mengaji ok aktiviti bebas, buat kerja sekolah, check buku, baca buku. Makan , afternoon nap  kemudian solat dan mengaji quran. Lepas mengaji baru boleh keluar main.Memang cucu2 dia khatam quran awal dan aku juga tumpang sekaki. Bila dah besar cucu semua "terbaik" bak kata Boboiboy. 

Anak sedara kawan aku pun sama, duduk dengan Tok dan Wan, masuk U dan keluar dapat kerja bagus. 

Kisah diatas cuma segelintir kisah yang aku nampak dengan mata aku sendiri. Dan aku rasa ramai lagi yang kisah nya macam ni. Dek tuntutan tugas, tak ada orang yang boleh dipercayai untuk menguruskan anak jadi the best option hantar kerumah mak ayah untuk menjaga anak-anak. 

Jadi credit sepatutnya diberi kepada siapa apabila anak-anak kita berjaya? Berdiri atas pentas menerima ijazah? Berdiri didepan mesin ATM nak cucuk gaji pertama? 

PS: Aku tetap dengan keputusan yang aku tak mau mengasuh cucu pada suatu hari akan datang

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers