Friday, 18 March 2016

Put your own title

Salam Jumaat

Hari ni sudah 18/3/2016. Aku nak share cerita pasal marriage lagi. Aku up & down wall facebook dan terjumpa this Cik Puan update her profile picture. Aku tak tahu nak senyum, nak sengih atau nak gelak kuat-kuat.
Let me story about this (wow aku type henglishhh). Dia ada dalam frenlist aku walaupun aku bukan kawan dia. Aku tak tau kenapa dia add aku tapi lama juga baru aku approved. Dia add aku mungkin sebab masa tu aku meniaga food delivery atau sebab suami ku kawan suami dia. So ada 2 kemungkinan di situ. 

Adalah satu hari dia entah macam mana (ya my memory makin lama makin slow) dia ada pm aku. Bercerita pasal perkahwinannya. Aku sudi mendengar luahan hati dia. Sebab barang siapa yang pernah lalui akan faham dan mesti mencari seseorang untuk diluahkan isi hatinya. Apa yang boleh kita buat hanya bagi kata-kata semangat.

Lepas tu aku pun tak tau apa yang jadi pada kehidupan mereka. Kita doa yang baik-baik saja kan. Tapi few week ago dia ada pm aku. Dia bercerita pasal dia pi bercuti & guess what? Cuti bukan sekadar bercuti merehatkan minda meninjau tempat orang tapi cuti ada agenda. Ok aku tak payah nak belitkan ayat-ayat aku, dia mandrem kan partner sekatil dia. Ada la sebab musabab yang dia terangkan pada aku kenapa dia buat macam tu. Aku pun isteri dan aku pernah alami apa yang dia alami. Tapi sebesar habuk bawah sofa pun tak pernah terniat aku nak cari mak lampir  black magic kan partner sekatil aku. Yang aku dok fikir aku nak run away haha. Tapi kalau nak lari pun kena ada duit sekurangnya satu baldi penuh.

Ya aku pernah terfikir nak lari ke Australia kerja petik buah. Tapi hajat aku mati bila aku kenangkan 12 pasang mata satu-satunya harta yang aku ada. Jadi cara nya lepas aku puas menangis aku bangun dan perkasakan hati. Aku ajar hati supaya jadi kering jangan mudah simpati. Selama ni aku banyak rasa simpati banyak mengalah sebab aku nak semuanya berjalan lancar. Tapi sayang aku makin hari makin di lenyek. So aku rasa cukuplah. Aku tak lagi ambik peduli bil api air sudah dilunaskan. Begitu juga sewa rumah. Sebab bukan bahu aku yang sepatutnya memikul. Biar orang kata aku kejam tapi sudah lama aku dibuli. Kita yang menentukan bahagia derita hidup kita. Kita yang menentukan jatuh bangun hidup kita. Jangan biar rasa dendam menguasai hati dan akal kita. Bila terlalu berdendam kita tak dapat nak berfikir dengan waras tu yang jadi suka sangat buat kerja bodoh. 
Redha tu yang penting. Aku bukan ilmuan sangat tapi yang aku tau redha dengan ujianNya. So fikiran kau akan lapang dan kau akan lagi bersemangat untuk terus kehidupan kau. Aku tak boleh nak menyorok bawah meja menatapi nasib kerana ada 12 pasang mata lagi yang mengharapkan aku. Kalau aku pincang macam mana 12 pasang mata tu nak berjuang? Jadi disini kalau aku plan nak escaped from the house pun aku kena fikir 12 pasang mata tu juga. Jadi aku tak boleh nak penting kehendak aku sendiri. Sobs!!! sabar jer ler.So conclusion nya jodoh aku panjang lagi dengan teman sekatil aku tu.

Ok back to the update profile picture ni, aku masih terbayang lagi conversation aku dengan Cik Puan ni sebelum aku delete. Apa yang dia kata apa yang dia buat. Alih-alih hari ni dia update profile picture dia dan teman sekatil dia. Nampak penuh dengan bunga-bunga cinta. 

Aku harap ini bukan muslihat dan bab kata Papasola "inilah kebenaran" tapi kalau ini cuma muslihat aku harap dia segera bertaubat. Kena api dapur pun dah teriak sakan jangan berani cakap biar sama-sama masuk neraka.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers