Thursday, 17 March 2016

Curang, skandal dan terlanjur

Keadaan semasa selain dari isu politik yang tak tau bila nak habis, isu hangat yang lain kes curang, skandal lepas tu terlanjur. Kalau tak salah aku hari-hari ada saja isu ni. Dunia dah semakin maju..siap kita boleh baca lagi setiap mesej sebab dah boleh screen shot kan. 
Kita terkejut bila kita baca sekitar December 2015, seorang isteri pi majlis kahwin suami sendiri. Suami pula claim yang depa dah bercerai talak 3. Talak 3. Laki tu bodo piang aku rasa sebab bab talak bukan boleh dibuat main. Habis saja ucapan dia yang dia dah ceraikan bini dia dgn talak 3...automatik talak dah jatuh. (Betulkan aku kalau aku silap) Tapi aku tabik kat bini dia -QUYUN-. Sebab dia moved on. 
Ni yang terbaru aku baca pasai seorang isteri yang minta cerai dengan suami sebab suami curang. Sudah lah curang siap terlanjur dan mengandung lepas tu siap suruh kekasih gugurkan anak yang dia kandung. Kau dah berzina lepas tu kau jadi pembunuh pula. Boleh saja baca kat sini  CURANG. Terima Kasih pada tuan punya blog Nur Eisha Fatiha
Orait yang lelaki nama Khai dan yang perempuan nama Sya. Isterinya aku tak tau nama apa. Sya ni mesti tau yang Khai ni suami orang. Jangan cakap la cinta itu buta and what so ever. The jantan is suami orang jadi pi mai kot mana pun memang hang salah sebab ada affair dengan jantan tu. Takkan tak boleh nak fikir kalau dengan bini dia sendiri pun dia boleh mohong takkan dengan hang yang cuma skandal ni dia tak boleh nak mohong. Lawak bila baca screen shot si Sya ni marahkan the jantan sebab konon the jantan bagi tau tak sentuh isteri dia. Tup-tup si isteri dah mengandung. Sila ketuk kepala sendiri la. Itu adalah isteri dia. Hak dia yang halal. Jadi kena la ingat kita tu sekadar tempat dia melepaskan nafsu serakah boya dia. Kalau dia bersungguh takkan bila kau dah mengandung dia paksa kau gugurkan anak. Allah..wahai kaum wanita berhati-hati dan jaga maruah diri jangan sampai dipergunakan. 
Yang jantan ni gamaknya memang nafsu 9 kepala naga kot. Dah ada isteri lagi mau ada skandal. Dah berskandal tabur benih merata pula. Sapa nak kata aku bias pun katalah sebab aku isteri dan tentu aku sebelahkan si isteri. Sesiapa yang tak berada dalam situasi ni memang tak boleh tahu macam mana rasa tu. Rasa sakit dikhianati, ditikam dari belakang. Trauma sepanjang hidup. 




No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers