Monday 28 September 2009

***moga di makbulkan***

Lupakan seketika soal kisah raya. Ya raya tahun ni agak meriah. Merata cerok jugak kami pi. Kesian kat Muad'z dan Danish..depa letih sesangat..tak selesa. Muad'z la lagi kesian..budak kecik yg baru 2 1/2 bulan tu dah di bawa kesana-sini..mau tak letih dan tak selesa dia. Tapi oleh kerana ibunya xcited nak beraya..redah jer.

Ops..sekarang ni saya tgh mabuk..bukan mengandung lagi oiii cukup lah 5. Mabuk kepayang nak balik dok mainland. Adalah dok nampak peluang nak balik dok sana..Allah dah dorong mai cuma nak kena usaha sikit ja supaya jadik kenyataan. Kalau jadik tu kami dok kat Perlis la..alahai tak kisah la mana2 pun janji kat mainland dah. Dan senang kalau nak balik jengok tok dan tokwan..

Harap2 moga di permudahkan segala urusan ni..Allah permudahkan segalanya....aminnnn

nota kaki tangan: pray hard...

2 comments:

daela said...

la...klu akk dok perlis...pun best gak..mana lah tau2 nnt dila p cari akk kat sana pulak...semoga impian akk termakbul..

Madam Casper said...

Dila
InsyaAllah...aminnnnnnnnnnnnnnnn

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers