Wednesday, 30 September 2009

*** sedih***

Gostan balik citer masa raya pertama. Hati saya sampai la ni sedih lagi. Tapi saya tak luah kan pada En.Atan. Simpan sendiri. Memula ingat tak mo publish dalam ni tapi tak larat nak simpan. Kena luahkan jugak.

Alkisahnya..raya pertama kami pi beraya sakan la kat kampung halaman saya. Sakan ooo. Dan saya tau dalam henbeg anak dara saya ada hp motorola saya yang rosak. Hp tu anak dara saya jugak la yg bagi rosak di pi lempaq dalam washing machine. Bila dah kong kali kong hp tu jadi barang mainan dia la. Dia boh dalam henbeg dia pas tu dia bawak balik kampung. Hah gasak dia la saya tak kisah.

Ok kami singgah kat umah sedara. Makan nasi , mandi apa semua. Almost jam 9 mlm (kalo tak silap tgk jam la)baru kami bertolak balik. Balik bermalam kat rumah kakak en.atan kat Gurun.
Esok pagi zasss kami balik umah MIL pas tu bersiap sakan sebab kami nak beraya kat Kamunting plak. Tapi sebelum bertolak kami singgah kat umah cousin en.atan yang mana kalau dia kentut kami kat umah MIL ni pun boleh dengar. Singgah tu sebab nak melantak, cousin en.atan buat nasi ayam, bihun sup. Hp saya, saya masukkan dlm bag saya dan bag saya tinggal dalam kereta. Nah mana la saya nak dengar sebarang call yang masuk

Masa nak bertolak tu saya check hp saya dan uishh byk nya missed call dari no yang saya tidak kenal. Persoalan dalam hati saya sapa la yang call ni??? Pas tu masuk call dari sedara saya tapi
yang bercakap tu adik kepada sedara saya. Adalah perbualan saya dgn adik sedara saya tu.

Dia bagi tau yang suami sedara saya tu kehilangan HP. Dia tak kisah kalau HP tu hilang sebab HP tu dah "kong" tapi dia cuma nak sim card tu jer. Dan suami sedara saya tu nampak anak dara saya yang pegang HP dia. Ok saya janji nak tanya anak dara saya. Sampai nangis2 anak dara saya masa saya tanya dia. Si Kakak bagi tau yang dia tak ambik langsung HP suami sedara saya tu.Yang dia pegang tu HP Motorola saya yang dah rosak tu. Dan yes memang malam tu saya nampak dia bawak kuar HP Motorola saya tu..Abang dan Bang Chik pun bagi tau yang adik depa tak ambik HP Nokia yang dikatakan hilang tu. En.Atan diam jer.

Jadi saya SMS pada sedara saya dan bagi tau dia hal yang sebenar. Settled.

Tapi jauhhhh di dasar hati saya , saya rasa sedih. Kenyataan dari adik sedara saya tu macam anak dara saya ni mencuri hp nokia tu.
"abang **** tak kisah kalau nak ambil hp tu cuma dia nak sim card tu jer balik" pedihhh ooo statement tu. Makan dalam. Macam anak kita ni jahat sangat, mencuri. Sepanjang pengetahuan saya anak2 saya tak lah macam tu (bukan nak puji anak sendiri) depa lagi la baik hati sedekah reta benda kat kawan2. Anak dara saya lagilah hari ni pergi sekolah bawak pensil baru, balik sekolah dah tak dak dah pencil tu " sedekah" kat kawan. Yes saya admit yang anak saya memang lasak dan kepocih. Kalau bertandang kat rumah orang tak retinya depa nak dok diam. Mesti nak menjelajah satu rumah. Dah pesan awal2 tapi nak buat macam mana depa angguk lepas tu depa lupa. Sebab tu jugaklah saya tak kan bawak depa bertandang kerumah orang yang tidak "selesa" dengan karenah budak2 ni.

Agaknya macam tu la keadaannya yer bila anak dah ramai dah tu lasak2 belaka. Jadi finger point tu hala ke sapa anak yang ramai.
Saya berjanji sendiri lepas ni tak de la saya nak bawak anak saya berkunjung ke rumah orang lagi. Tunggu sampai anak2 saya besar dan behave. Lebih baik lah depa berkubang kat rumah saja.
Oh esok saya tempek gambar HP Motorola saya tu yer.

nota kaki tangan: hati saya masih merajuk...mungkinkah panjang rajuknya??

2 comments:

PUTUBAMBU said...

dia pakai line ape?
kalau celcom..walaupun hilang simkad..tapi boleh dapat balik no dlm tu.. pasal ada service sim card rescue.. kena register ngan celcom dulu lah.. sebulan dia potong RM1.50 je..

Madam Casper said...

putu
depa bagi tau depa call voice mail jer. Rasanya prepaid la kot. Aku dah tak tanya apa dah..sedih + kecik hati tue.

Blog Widget by LinkWithin