Thursday, 29 October 2009

*** sekolah ku***


Nostalgia lama. Dari tahun 1994-1996 aku bersekolah kat sini ler.Sekolah Menengah Ibrahim. Masuk lower six. Hah sila kira umur gue berapa hahaahhaha. Chupp masih muda lagi yer. Mek Niza hang pun sekolah situ gak kan. Tapi dalam tahun tu hang baru form 2 kot kalau tak silap. Kita dok jumpa dalam Bas Kiat kan? Dah mendiang pun uncle Kiat tu .
Yer saya admit masa zaman sekolah saya adalah amat notti. Hahahahah besala nama pun student hehehehe. My favourite teacher tentulah cikgu HASSAN BASERI..guru BM dan dia guru kelas kami tu. Di mana la cikgu Hassan sekarang ni?? jejak kasih! jejak kasih.

Motto sekolah ni: FINIS CORONAT OPUS yang mana bila di translate ke bahasa melayu bunyi nya lebih kurang macam ni > PENAMAT PENENTU MAHKOTA. Motto tu ala-ala British sebab sekolah ni dulu di tadbir British. Nak tau lebih lanjut masuk SINI.

Lagu sekolah.

Sekolah Menengah Ibrahim
Harum semerbak namamu
Mendidik membimbing kami
Putera-puteri berakhlak berilmu
Cekal tabah semangat waja
Cita-cita murni tanpa kecewa
Demi agama,bangsa dan negara
Ilmu di dada warisan kita
Sekolah Menengah Ibrahim
Lahirkan insan sempurna
Maju jaya setiap lapangan
Usaha tangga kejayaan

Dulu masa perhimpunan aku kena dok depan maklum la tak cukup inci nak dok belakang maka mau tak mau kena la nganga mulut nyanyi lagu ni. Fuh bukan main bersemangat qenggah menyanyi.

Jadi ada tak x-student SMI kat sini sila tekan papan kunci yea!!!

nota kaki tangan: motip cerita pasai sekolah? Hah saja ja dok gempaq budak2 kat rumah nak hantar depa dok hostel.

2 comments:

pearl'E.J said...

cheq time skul dulu pun 'baik' jugak... hahahahahahaha....

Madam Casper said...

EJ tu hahahahahha tapi yang "baik" ni la selalunya jadik orang lepas sekolah..yang nerd tu nan ado la jugak

Blog Widget by LinkWithin