Friday, 30 October 2009

*** wall deco**

Ini lah wall deco rumah saya. Tidak lah segah mana. Terangat la simple dan murah jer. Yang tukang paku dan plan kat mana nak gantung semua tu ada lah En.Atan. Kalau dia rasa elok kat situ maka kat situ la dia paku walaupun saya rasa tak sesuai. Tapi malas nak kata apa la sebab saya tak cukup inci nak paku dinding tu. Oh ya kami baru jer cat dinding tu. Saja la nak bagi tau. Hehehehe

keterangan gambar:

a: Frame gambar kahwin tu saya beli kat kedai 2 hinggit jer. Frame ayat kursi dan seribu dinnar saya beli kat kawan masa saya keja hotel dah lama tu ada la lebih kurang 5 thn.

b: Rama-rama biru dan pink tu pun saya beli kat kedai 2 hinggit jugak. Anak dara saya adalah pencinta rama-rama. Frame ayat 4 qul tu pun dah lama. Dah hampir 9 thn dah.

c: Frame bunga tu kawan saya yang bagi. Masa tu dia nak pindah rumah. Tengkiu!!!!

d: Pasu tu pun from kedai 2 hinggit jugak. Wah boleh jadi duta kedai 2 hinggit. Hahahaha. Bunga tu 10.90 beli kat kedai bunga la.

Niat di hati memang nak tambah lagi wall deco tu.Tapi memandangkan nak keluar dari pulau jadik kensel la niat suci murni ku itu. Hihihihi. Tapi kalau beli simpan aci tak?? Bukan apa tengok frame bunga kat Idaman Suri wahh cantik la pulak.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin