Tuesday, 17 November 2009

*** bangau oh bangau ***

Gambar di ambil masa lepas hujan.Time ni banyak oo burung bangau tu. Bendang dah pun di bajak dan tunggu masa ja nak tabur benih baru. Gambar rumah yang dalam bulatan yang tak macam bulatan tu ( dari sumber yang tak saheh)adalah milik Allahyarham Yasmin Ahmad the film director tu. Dia bina rumah rehat untuk kedua ibu bapa dia. Pembinaan tetap di teruskan walaupun Allahyarham dah tiada.
Jika senang nanti saya pi snappy-snappy pic rumah tu yer.

Bangau oh bangau kenapa engkau kurus?

Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mau timbul
Ikan tak mau timbul

Oh masih ingat lagi dengan lagu Bangau oh Bangau tu. Masa zaman kekanak dulu punya la dok qenggah nyanyi lagu tu. Kekanak dulu-dulu mana tau lagu rock ka,jazz ka pi mai pi mai dok pulun nyanyi lagu rakyat dan kanak-kanak tu la.
Saya kenal Alleycat masa darjah 3. Tu pun sebab kawan sekelas kena nyanyi dalam kelas, lagu popular Alleycat time tu sudah tentu SAMPAIKAN SALAM. Dan Allahyarham Sudirman sebab dia nyanyi lagu Basikal Tua.
Tapi kekanak zaman sekarang semua lagu depa tau. Tanya jer anak-anak saya hah.apa lagu yang depa tak tau? Boleh nyanyi lagi. Dah tu bila saya tanya sapa yang nyanyi wah laju jer jawab Six Senth la, Stacy la..ishh-ishh . Tapi kalau suruh baca sifir tergagap-gagap rasa cam nak stacy jer muka tu ish-ish.
En.Atan pulak? Oh dia jiwang karat sikit. Memang tak leh masuk taste lagu dia dengan jiwa saya.Dia suka yang jiwang-jiwang, mendayu-dayu gitu. Saya plak yang oldies sikit macam lagu Unchained Melody tu gitulah..Tapi yang "berbeza" tu la yang membuatkan kita "sherashi bershamer". hehehehehe

4 comments:

ibusinga said...

'qenggah' tu apa cikgu??

Madam Casper said...

Dr Singa

Qenggah tu bagi orang utara macam pulun la...

cik zatil said...

new vocab neh madam casper.. suke lagu elycat y smpaikan salam tuh, sedih je...

Madam Casper said...

cik zatil
ya betul..mendayu jer sampaikan salam tu kan??

Blog Widget by LinkWithin