Monday, 9 November 2009

*** cikgu oh cikgu mana dikau...***

Ini Puan Salina. Mengajar BM dan guru kelas saya. my favourite teacher. Lepas habis form 5 memang terputus hubungan langsung. Tapi tahun ni saya search cari dan akhirnya jumpa. Raya lepas bertandang kerumah dia. Rindu sangat..tapi sayang boleh terlupa nak ambik gambar ishhh
Ni juga cikgu BM saya masa form 6 merangkap guru kelas jugak. No 3 dari kiri itulah cikgu saya..cikgu Hasan Baseri Budiman. Unikkan nama dia?? Seunik orangnya oh. Opss yang no 1 dari kanan tu Azizi Hj Abdullah. Cikgu Hasan dan Pakcik Zizi tu novelis ok. Dan lagi satu Pakcik Zizi tu orang kampung saya..oh vangga-vangga (hidung ku mula kembang hihiih) Saya tidak tahu Cikgu Hasan mengajar di mana sekarang dan atau dia sudah pencen mengajar. Masih dok mencari lagi ni. Kalay ada sesapa yang tau pasai Cikgu Hasan please inform saya yer.
Saya amat suka masa waktu BM dulu. Sebab Cikgu Hasan. Cara dia memotivasikan kami pelajarnya adalah tanpa kami sedar...bila di fikirkan balik ohh betul kata cikgu..

nota kaki tangan: oh tiba-tiba saya rindu pada zaman sekolah dulu..

2 comments:

nizaa said...

tu dia..gambaq cikgu zaman bila pun ada lagi...hahaha

Madam Casper said...

ada aihh hihihihihi..nostalgia tu

Blog Widget by LinkWithin