Wednesday, 25 November 2009

*** papadom***

Semalam.
Tengok movie ni dengan 2 tuan kecik dan puan kecik.
Adik Botak dan Danish dah Zzzz
En.Atan pun Zzzz

(syhh kami beli dvd pirate jer 6 hinggit ok)
Yes..kami enjoy dengan movie ni.
Afdlin memang bestt
Suka dengan watak Mat lakonan Que Haidar tu..bendul yang menjadi
Suka dengan Mun...syabas Nor Khiriah
Suka dengan Saadom...hebat lu Afdlin
Erkk pendek ayat suka semua
Kami gelak kuat2 bila ada part lawak
Dulik sapa yang tidoq..hehehehhe

Sinopsis cerita copy dari sini.

Mampukah seorang lelaki menunaikan wasiat isteri tercinta? Itulah yang berlaku kepada Saadom, seorang ahli perniagaan nasi kandar yang berjaya di Pulau Pinang. Wasiat isteri agar menjaga anak mereka , Mia dengan baik telah mengubah diri Saadom. Daripada seorang lelaki yang sentiasa sibuk dengan dunia nasi kandarnya, Saadom menjadi seorang bapa yang begitu prihatin kepada setiap perkara yang berlaku pada Mia. Setelah menginjak usia remaja, Mia mula rimas dengan kasih sayang Saadom yang berlebih-lebihan. Kawan-kawan Mia juga rimas dengan Uncle Saadom yang sentiasa mengekori anaknya itu. Saadom sering memeluk dan mencium Mia, di hadapan kawan-kawannya. Mia sedikit malu. Waktu rehat, Saadom akan menghantar makanan kepada Mia dan kawan-kawannya di sekolah. Adakalanya kawan-kawan Mia menolak makanan tersebut kerana mereka mahu diet. Saadom sering juga melepak di dalam kawasan sekolah Mia, demi memastikan keseleamatan Mia. Adakalanya Saadom diminta keluar oleh Pengetua..

Masalah besar timbul apabila Mia perlu memilih universiti. Saadom mahu Mia memilih yang dekat-dekat sahaja, tetapi Mia pula mahu belajar jauh daripada bapanya. Mia mahu bebas daripada bapanya. Saadom jadi panik. Bagaimana dengan janjinya terhadap arwah isterinya yang telah mewasiatkan Saadom menjaga Mia dengan baik? Mampukah Saadom mendidik Mia hingga berjaya menggenggam segulung ijazah?!! Nantikan kemunculan 'Papadom' sebuah karya Afdlin Shauki di pawagam berhampiran anda...

4 comments:

cik zatil said...

papadom memang beshhhh!! 5 minit sekali orang gelak je memanjang dalam wayang tuh.. part sedih die lak memang sayu meleleh air mataku ini kakak.. adoii.. terbaek!!

nizaa said...

oiii eden tak jumpa lagi cd pirate kat sini..kirim satu boleh?? hahhaa

Madam Casper said...

cik zatil
Tu la betoii syok kan?? yg best masa part papadom jadik hantu tu kah2..dan masa mun dok dalam keta tu..adoiiii sabaq jer la
Mmg afdlin kreatif

Nizaaa
mau ka? kalau mau kasi tau betul2...

cik zatil said...

hahahaha..singgah jap..ermm.. betol3 nor khiriah@mun tu memang hebat! ada kelas laa die acting! yg tak leh lupe time die pakai baju ikot situasi tu..hehehe

cik niza jom2 cari cd lanon nak simpan gak neh buat kenangan..hehehe

Blog Widget by LinkWithin