Tuesday, 12 October 2010

Apa salahnya???

Apa salahnya masa lalu kat jalan yang muat sebiji keta dan pihak yg satu lg bagii chance hang jalan dulu..angkat ler tangan sebagai tanda TERIMA KASIH???? Ni contoh jer la. Ada lagi kes2 lain. Angin jugak aku bila dengan rendah diri dan sopan santun aku bg chance dia lalu dulu. Bila dia melintas depan kita angkat tangan apa pun tak. Kejung dalam keta, kepala tegak cam tiang letrik. Ingat pakai camry dah gah sgt ka? Mentang2 la aku bawak WIRA antik ja. Hampagas...

Bebaru ni bawak 4 stooges (1 stooges dok ngan bby sitter) pi open house. Ada la host open hse nak bg duit raya. 4 stooges pi beratur. Aku pun berdiri sebelah tu jgak sebab stooges yg no 4 pun pi join gak. Adala sorang makcik ni cewahhhh pakai mai tolak anak dia ka cucu dia celah 4 stooges. Hangin taufan mau melanda sudah. 4 stooges aku pun beratur ikut giliran dia suka2 nak celah bedah. Hampagas la. Dulu aku bg chance laa tapi lepas tu nan ado la. Apa salah masa nak celah anak tu bg la salam ka apa ka. Aku bukan hati kering..ni buat muka poyos.

Abang pernah gak tolong kutip selipar anak orang yg jatuh. Mak dokong anak tak sedar dunia dah. Kalut nak pi shopping kat Bei Hai.
Abang: Makcik ni selipar jatuh (sambil hulur selipar)
Makcik: Laa jatuh (mata tgk entrance Bei Hai..terus blah. Kot nak ucap terima kasih kat anak aku tarak la. Geram betoi aku.

Erkk apa kes n3 hari ni?
Jawapan: aku tengah geram. sekian.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin