Monday, 25 October 2010

My handphone

Ini entry terperam. peristiwa ni terjadi last week.

Aku tak pakai pun handphone canggih. Sekadar boleh call out /call in dan bersms. Cukup. (Tapi dalam hati teringin juga nak merasa Blackberry) Handphone pun dah antik. Memang dah fesyen aku, lagi benda tu tak rosak pakai sampai lunyai. Dah rosak baru sibuk nak beli baru. Bila aku start bekerja , bermakna abang dan bg chik akan stay kat rumah. Maka aku tinggalkan handphone aku tu kepada budak 2 orang tu. Sejam sekali aku call check apa yang depa buat. Risau juga, anak-anak aku tu boleh tahan creative.

Lagi pun tak de sapa nak call aku. Boss call no office. En.Atan mai jumpa aku kat office terus, almaklumlah office kami dekat jer.

Nak di jadikan cerita. Abang masa masuk toilet dia bawa handphone tu masuk sekali. Entah macam mana handphone tu selamat mendarat ke dalam lubang n****. Sekian. Tamatlah riwayat handphone antik ku. Aku balik kerja, abang dah tunggu kat bawah. Siap minta ampun terus. Dan dia pun ceritalah pasal kes handphone aku. Memang aku geram sangat dengan abang. Rasa macam nak lambung-lambung. Alasan dia bawa sekali handphone masuk toilet:
"kalau ada call, nanti bg chik jawab yang bukan2" fuhh..ni dah masuk lubang "tut" lagi la bukan-bukan. Aku malas nak kata apa. Aku diam. Malam tu memang dia ikut aku ke hulu-ke hilir nak minta maaf la tu. Ya aku dah maafkan dia. Aku bukan gila tak boleh terima hakikat pasal benda nak jadi.Abang pun tak sengaja. Tapi saja ja aku nak kenakan abang. Nak dera perasaan dia. Hah..adakah kejam tindakan aku ni??? Sila beri pandangan anda.

Cerita Bang Chik. Sebaik saja handphone aku selamat mendarat dalam lubang "tut", Abang keluar terus meraung. Sah dia takut aku marah dia.

Jadi ada sesiapa nak bagi aku hadiah handphone?? Kan anniversary aku 16 Disember nanti. Walaupun lambat tapi ni kira ............kira apa yer?? korang putuskan lah sendiri . Hehehehe.


Tak dapat blackberry , strawberry pun ok juga...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin