Saturday, 27 November 2010

Kena sesah la jawabnya...

Ingat lagi kisah aku mandi tali air? Meh sini aku nak sambung. Rupanya jiran bendang Tok aku tu dia pi mereport kat Tok aku. Kisah aku mandi-manda dalam tali air tu. Kantoi la aku. Lepas mandi tu, aku naik pakai baju balik la. Aku tak la mandi bogel, aku mandi pakai seluar katok dan aku pasti kan yang rambut aku tak basah.
Balik rumah aku buat macam biasa. Tok aku pun tak kata apa. Aku ingat aku dah selamat. Rupanya tidak. Balik dari sekolah, esoknya ...Tok aku dah tunggu depan rumah. Aku dah syak mesti aku kena punya. Dok pikir apa pulak salah yang aku buat.
"Hang mandi tali air kemarin" Nahh..berdegup jantung aku dengar soalan maut dari Tok aku.Aku cuba buat rileks.
"Mana ada..tak mandi pun" Cuba aku nafikan.
" ****** (jiran bendang tok aku la) nampak hang mandi. Dah pesan banyak kali jangan mandi dalam tu. Bahaya. Jadi apa-apa sapa nak tolong hang?" serentak dengan itu piauuuuuu belakang aku kena sesah. Sakit ooo kena sesah dengan kayu api oiii. Dulu kami pakai dapur kayu ja. Kayu api tu dari pelepah pokok kelapa. Berbirat belakang aku. Pedih. Menangis aku kat situ. Dah la perut lapar sebab baru balik dari sekolah. Dok terbayang lauk sedap-sedap sekali aku dapat roti panjang..huhuhu. Time-time tu juga aku berdendam dengan jiran bendang tok aku tu. Mulut tempayan. Yang dia nak pi mereport kat tok aku pasai apa?Dah la time tu aku label kan Tok aku sebagai orang yang paling garang dalam dunia.
Masa tu aku memang rasa tak puas hati dengan Tok aku sebab asyik pukul aku ja. Tapi lama-lama aku sedar yang dia terlalu sayang kan aku. Bagi dia aku lah segalanya. Dia takut kehilangan aku. Dan aku rasa kalau dia tak garang macam tu mungkin aku tak jadi orang yang sebenarnya orang macam sekarang. Banyak yang kami plan kan masa tu. Masa mood dia ok, aku boleh melawak, borak dan merancang masa depan dengan dia. Tapi sayang, apa yang kami rancangkan tu tak menjadi kenyataan. Tok aku kembali kepada Allah pada 5 June 1997.

2 comments:

tunoor73 said...

patut la....hampa pun heroin dulu....awat tak keturun kat anak2.....jgn salah anak2...salah mak tu dulu.....hahahhahaha...

tinta-nuraz said...

teringat gak kena sebat dengan mak sebab mandi sungai..hehe..kenangan lma..

Blog Widget by LinkWithin