Tuesday, 23 November 2010

Terima kasih sista!!!

Aku ada kenai sorang rakan blogger. Dia dok SP. Entah macam mana aku boleh kenai dengan dia tak tau la. Blog walking punya pasai la ni. Lompat tang nu lompat tang ni termasuk dalam blog dia. Blog dia kelakar ok. Dia selamba jer bercerita. Aku suka cerita Sood dia tu. Entah bila dia nak sambung tak tau la. Dia pangkat Kakak la. Memang syok aku bersembang dengan dia. Telus tak de nak kona-kona. Kadang-kadang aku cari dia juga kalo nak tanya pendapat dia. Dan pendapat dia selalunya bernas dan yang penting FOC..hahahahah (mati kalo lepas ni dia charge).
Aku kan ada cerita pasal kes aku nak lari dari rumah bawa beg ajinomoto??? Heheheheh Kakak ni call aku hahahaha. Saja la dia nak tau macam mana qope bentuk beg ajinomoto tu. Kalau la kakak tu tau macam mana aku zaman kanak-kanak dulu mau dia lepuk kepala aku. Aku macam pelesit gayanya. Bila ingat balik ishhh tak sangka macam tu perangai aku. Lasak dan "bueh".

Aku pernah mandi tali air. Ya la aku dok lalu pi bendang hantar air kat Tok aku tu, kena lintas titi yg di buat sendiri dengan kayu. Merentangi tali air. Kalo air byk penuh la tali air tu, kalau sikit nampak dasar tu. Aku dok lalu kat atas titi tu lah..ada la 2/3 orang budak jantan dok mandi macam syok ja. Aku memang teringin sangat . Kalo aku bagi tau Tok aku, aku nak mandi mau belakang aku kena sesah ni. Jadi lupakan saja niat suci murni tu.

Satu hari aku macam biasa la pi hantar air kat Tok aku. Masa tu time menanam padi. Masa dulu tanam padi pakai kuku kambing. Kesian kambing jadi mangsa. Air dalam tali air tu penuh. Line clear. Bedebur aku terjun. Air tali air yang color coklat tu aku rasa macam air dalam jacuzi. Hahahahah..padahal time tu aku tak tau macam mana rupa jacuzi tu pun. Time tu aku berangan macam tuan putri mandi dalam kolam ja. Qalit mandi aku tak sedar ada la jiran bendang Tok aku lalu. Dia diam tak kata apa. Dan hasilnya......???????
Teka lah apa yang jadi seterusnya......

To Kak Ja..saya syok sembang dengan Kak Ja. Sempoiii. Tak ada jodoh lagi kita nak bertentang mata..tapi tunggu nanti kita jumpa jugak InsyaAllah.

3 comments:

PUTUBAMBU said...

macam kenai je kakak duduk kat SP tu.. hehehhehe

My Life My World said...

Cuba teka ek .. lepas tu Jiran bendang tok tu pun join mandi sekali ... hehehehehe .. ada hadiah ker nih?

Madam Casper said...

putu: hihihihihihi kenai ka????

kak chik: kalo dia join tak per la ini...dia pi mereport kantoi la teman.

Blog Widget by LinkWithin