Wednesday, 15 December 2010

Kalau melentur buluh...


Gambar kat hospital lagi. Masa aku bawa Danish pi hospital tu, lepas register kena la tunggu sebelum nombor giliran tu jengoi kan. Muka anak aku time tu dah macam kuih pau terlebih yis. Jadi budak dua orang tu dok pusing ke belakang gelakkan anak aku. Sekali dua ok la aku buat derkk..tapi kalau dah banyak kali mata uji rashid aku ni terbeliak la juga. Aku pun pandang ja budak dua orang ni sampai depa tak berani nak toleh ke belakang. Sebelum tu kakak dah bisik kat telinga yang budak 2 orang ni dok gelakkan Danish.
Hissshh yang mak depa pun boleh buat tak tau ja. Kot nak tegur anak tu jangan harap la. Aku selalu pesan pada anak aku jangan perleceh orang lain. Kalau nampak orang tu pelik sikit jangan dok gelak. Buat macam biasa ja. Sebab kita tak tau orang yang kita dok gelak tu lagi banyakkkkk kelebihan dia dari kita yang dok perasan elok ni. Bak kata pepatah, kalau melentur buluh biar dari rebung. Senang. Kalau dah jadi buluh nak buat apa melainkan tebang buat meriam buluh ja la kaedahnya...boleh???

Baca entry 50 Sen ni kat blog Chik Inn TV3 sure menyentuh hati.










2 comments:

PUTUBAMBU said...

sian danish..
takpe..danish anak yg baik..anak yg kuat semangat..
ignore jek org2 macam tu..

cas..masuk blog akak ye..buat tag

tq

My Life My World said...

Semoga Danish cepat sembuh. AMIN ...cian dia.

Blog Widget by LinkWithin