Thursday, 23 December 2010

Kan dah kena

Ini kisah tahun 1998. Aku baru ja start keja kat pulau. Pertama kali jumpa En.Atan. Masa mula-mula kenai tu aku buat derkk ja. Kan aku ni susah nak mesra sikit masa pertemuan pertama. Cewahh. Bila dah baik tu jadik ngam la.Jadik bila hari off tu masing-masing planla nak pi sana nak pi sini. Tentulah keluar pi jalan-jalan. Time tu kan zaman anak dara jadik saham tu tinggi la jugak walaupun montel gitu kah kah kah. Kami dok kat hostel. Dalam bilik tu 4 orang, semua bujang lah yer. Aku baik dan rapat dengan HR Clerk. M nama dia. Kepala otak tiga suku sama sepesen jer.
Lagi dua orang budak FO dan sorang budak training dr UUM aku panggil dia KS jer.
Kisahnya macam ni. Tiap kali nak keluar kami akan keluar ramai-ramai. Ada 2 orang kawan lagi yang ada kereta jadi senang lah. Tak perlu pakai taxi. Bila dah banyak kali keluar baru aku perasan tentang roommate aku yang lagi 2 orang tu FO& KS. Bila habis makan, time nak bayar sure depa berdua buat tak tau jer. Kami tong-tong nak bayar. Sekali dua ok aku boleh terima bila dah lebih dari 10 kali tanduk sudah keluar deyyy. Aku bagi tau M ya dia pun perasan. Kami berdua memang geram yang amat sangat. Time tu aku dengan En.Atan ordinary friend jer ..ayat tak boleh blah. Tapi aku sedar dia suka aku (hahahahaha kenyataan tu).
Bila dah geram memuncak, aku pun buat la plan nak ajar dia orang ni skit. Lepas office hour kami plan nak keluar. Tapi tak lah kami bagi tau pada si FO dan KS kami nak keluar Kalau tidak sure nak ikut. Bila dah ikut dok merengek nak tu nak ni kat En.Atan dan kawan2 yang lain. Sumpah time tu aku tak jeles tapi aku menyampah sesangat.
Aku dan M bersiap..lepas tu FO tanya kami nak kemana. Aku jawab balik kami tak kemana cuma nak pi kait buat asam jer. Time tu buah asam jawa tu berbuah lebat hang tau. yaPokok asam tu dok dekat kawasan Workshop. Aku tau kalau kawasan workshop tu si FO sure takkan pijak punya. Diva la katakan.
Jadi lepas tipu daya tu aku dan M pun berjaya keluar tanpa FO dan KS. Rasa aman betoi. Bila dah keluar tu mesti la lamakan. Logiknya takkan la ambik asam tu lebih dari 30 minit?? Tipu daya yang tak menjadi.Bila aku dan M sampai bilik, muka masing-masing dah ketat. Aku dah agak dah. FO sound aku..." kata pi ambik asam..ambik kat mana? Kuah ka" herherher..aku tak kisah pun kena sound. Aku jawab balik.."yer kat Kuah..ada masalah ker?" dalam hati tu kalau dia bersuara lagi mau aku buka satu bab, satu bab pasai pa aku kelentong dia. KS pulak tak kata apa cuma muka ketat ja.
Bangun pagi esok nak pi kerja macam biasalah. Masih tak bertegur sapa lagi. Masa rehat tu En.Atan panggil aku. Dia tanya kenapa buat macam tu. Kenapa kelentong M dan KS. Depa dah marah dah. Ok..ok angin aku pun meresap masuk. Pada En.Atan aku pekisah la hal sebenar. Hal mata aku berbulu dengan depa berdua bila time nak bayar makanan tu. Gaji memasing bukannya banyak. Tiap kali keluar nak kena top-up untuk depa. Yang aku lagi tak tahan tu masa kami dok tong-tong duit nak bayar tu, boleh si KS ni buat muka selamba huloq sekupang ja. Konon dia tak de RM. Dah tu siap cakap manja-manja lagi. Awat kalau dia buat macam tu dia tak perlu kuar duit dia la kan. Angin satu hari aku hari tu. Lepas tu aku bg tau M..lepas ni kalau nak keluar kita tak payah keluar dengan En.Atan dan kawan2 dia. Keluar sendiri. Kebetulan M boleh drive dan ada lesen. Senang. Aku dan M pulau kanEn.Atan dan kawan-kawan dia. Bercakap tidak apa pun tidak. Mogok habis-habisan. Kalau jumpa kot jalan lari ke lain. FO dan KS makin galak la. Bila aku dan M nak keluar kami sewa kereta. Nissan Sunny ja hahahaha. Jadi la janji boleh jalan.
Akhirnya, En.Atan dan kawan-kawan dia boring kot kami tak geng dengan depa.Jadi satu hari tu depa mai pujuk la. Dok melangut depan laman hostel tu. Nak tak nak kena la baik balik. Kah kah kah . Jadik lepas dari kejadian tu kalau time nak bayar pakat bayar sendiri la. Walaupun kadang2 En.Atan bayarkan untuk aku.

Lepas tu KS kena transfer ke sister resort kami. Lega akuu. Tapi yang sadisnya..every week dia balik mai kat hostel kami. Balik dengan sehelai sepinggang dan suka-suki dia nak pinjam baju kami. Bila pinjam jadi harta sendiri.Bila kami tau dia nak datang..masing-masing pakat sorok baju tinggal yang buruk ja. Hahaha kan dah kena...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin