Friday, 10 December 2010

Pic kat hospital.

Katil no.3 tempat Danish check-in pada 7/12/10 jam 9.00pm
Ini lah rupa hero. Dia ingat Abang dan Kakak dia boleh dia join tidoq kat sini sekali.

Tidoq akhirnya. Masa ni darah dah di ambil.

1st nite kat hospital. Dia terjaga dalam pukul 330am.Dia lapar minta biskut.

Sambung tidoq balik.

Pagi 8/12/10. Jahitan dah di buka. Muka masih bengkak lagi. Sebenarnya aku dah bawa dia ke cafe, dia minta agar-agar dalam tupperware kecik tu. Naik jer 4 orang doktor dah tunggu dia. Terus doktor2 tu check dia, discuss pong pang then bagi tau aku nak buka jahitan dia. Lepas buka jahitan dia tu, depa bagi dia ubat tahan sakit. Aku tanya dia nak makan tak agar-agar yang dia nak sangat tu. Dia tak mau. Akhirnya dia tertidur sampai la abahnya datang melawat dia. Aku tinggalkan dia dengan abahnya, aku balik rumah basuh baju apa semua. Bila aku ke hospital balik aku tengok agar-agar tu dah tak ada. Aku agak dia dah makan..sebab aku lupa nak tanya En.Atan.

2 comments:

Lyn Yusoff said...

alahai ciannyer dia..
semoga danish cepat sembuh kak..

Madam Casper said...

Lyn..terima kasih. Tu lah proses anak nak membesar. Kadang2 akak rasa nak menangis bila penat sgt dan rasa give up pun ada. Tapi bila kenangkan tu amanah kena la bersabarr

Blog Widget by LinkWithin