Saturday, 11 December 2010

Kat spital pun boleh??

Tak habis lagi cerita hospital. Kali ni bukan cerita pasai Danish. Tapi cerita pasai baby yang dok dalam baby cot ni. Nama dia Muhammad Faramy Abdullah. Umur 9 bulan. Sakitnya? Aku kurang periksa. Aku ambil pic dia sebab aku tengok dia jer tak der yang temankan. Maksud aku tak nampak mak dia atau bapa dia. Tapi aku ada dengar sok sek dari mak-mak yang meneman anak mereka. Dia jatuh kat rumah baby sitter, jadi komplikasinya mata dia dah tak nampak dan kepala dia dah membengkak. Allah kesian Faramy kan? Ibu-ibu ayuh doa kan yang terbaik untuk Faramy. Dia akan menjalani operation tapi aku tak tau bila tarikhnya. Sebab aku tak tanya nurse pun. Ya lah kalau aku sibuk tanya nanti aku di katakan busy body la pulak.Yang aku nak kisahkan di sini ialah pasal mulut-mulut hangsuang ni lah. Kat hospital pun jadi kerja nak bergossip weii.
Mula aku sendiri tertanya juga kenapa la baby kecik tak ada yang menunggu. Kira serah pada nurse kat situ jer yang jaga. Tapi aku salute pada nurse di wad Paeds ni sebab depa semua baik ok. Layan budak kecik tu macam anak sendiri. Bila dah di katakan layan budak kecik tu macam anak sendiri maknanya berak kencing baby kecik tu nurse lah yang uruskan yer. 2 hari aku berkampung kat situ tak pulak aku dengar nurse2 kat situ merungut. Tahniah!!!
Aku kan check-in awal. Jadi kat kat area aku tu kira aku dan Danish saja lah. Satu compartment tu ada 4 katil. Maknanya ada 3 lagi katil tak berpenghunilah. Aku tak lah merayap ke satu katil ke katil yang lain. Kat compartment Faramy ni penuh. Adalah sorang mak ni yang jaga anak dia sebab masalah asma. Umur anak tu dalam 7-9 bulan macam tu lah. Masa aku mula masuk tu dia merayap dah ke compartment aku tapi aku buat derkk jer. Coba aku buat ramah mau dia melepak kt situ. Aku bukan sombong la tapi ada satu saat dan ketika kita memang nak sangat2 privacy , tak dak mood nak bersembangkan. Esoknya masuk sorang mak dengan anak dia yang umur 3 bulan kau. Masalah asma jugak. Dok depan katil aku la. Aku macam biasa lah sembang bila perlu tak der la nak over beramas mesra. Ok pendek cerita nya, Mak yang anak umur 7-9 bulan tu mai la berjalan ke katil mak yang anak umur 3 bulan ni. Maknanya depan katil Danish lah. Aku terdengar depa bersembang mula2 terdengar lepas tu aku pasang telinga la. Depa bersembang pasal Faramy la. Mak 7-9 bulan bagi tau yang Mak Faramy tu kira serah 100% pada nurse la jaga Faramy. Dia datang bila dia ada masa jer. Sebab dia bekerja. Yang mak 3 bulan pulak kata:
" Ishh awat la dia tak jaga anak dia, biar laki keja sorang dah la"
Jawab pulak Mak 7-9 tu " Dia tak pikiaq macam kita pikiaq " Hah choiii sangat lah. Nak jer aku sound kat Mak2 berdua tu. Kita tak tau pun apa masalah sebenar Mak Faramy tu pepandai jer buat andaian sendiri. Memang lah Mak Faramy tu boleh mai dok jaga anak dia kat hospital kalau laki dia kerja, tapi kalau pendapatan laki tu tak cukup macam mana? Mak2 berdua tu nak tolong coverkan ker? Semua orang ada komitmen kan? Mana ada mak tak sayang anak dia. Tapi kalau dah keadaan memaksa maka terpaksalah buat pilihan yang tepat. Kenapa masa Mak Faramy datang tu dia orang tak confront tanya dia sendiri. Ni sibuk buat andaian sendiri. Jalan ke satu katil ke katil bergossip. CESSS..bangang sangat lah. Aku terus rasa meluat. Mujur lepas tu Mak 3 bulan tu kena pindah ke compartment lain sebab asma anak dia makin teruk. Ha tu la sibuk bergossip. Anak dia menangis jer dia sumbat susu. Aku ada terdengar juga yang Faramy tu di transfer dari HSB ke HL. Dia dah berkampung kat hospital tu almost 3 bulan dah. Mesti mak dan bapa dia bertungkus lumus kumpul duit untuk ubat anak dia tu pasal dia serahkan pada pihak hospital untuk jaga anak dia. Jangan la buat andaian kalau tak tau hal yang sebenar. Banyak juga aku nak komplen tapi memandangkan aku pun masih belajar jadik simpan jer lah. Tapi mana tau kot2 esok lusa aku nak cerita aku ceritakan yer.

1 comment:

PUTUBAMBU said...

ish..ish..kesiannya baby faramy tu yek?
sedih tgk...

danish dah okay ye?

Blog Widget by LinkWithin