Tuesday, 11 January 2011

apa cer derrr


Hari ni dah 9 hari aku kat office baru. Mai aku nak citer sikit. Masa dok kira hari tu aku punya la excited nak kerja kat sini. E.X.C.I.T.E.D dan bahasa melayu nya ialah TERUJA.
1ST day semuanya berjalan lancar. Masuk 2nd day aku dah mula down. Down sesangat. On de way nak balik aku dah fikir tak mau kerja kat situ. Nak balik kerja kat office lama. Sasau tak aku??
Bila tanya EA dia kata ikut suka aku la sebab aku yang nak kerja. Time tu memang aku dah tak pandang gaji yang banyak tu (banyak pada aku yang sebelum ni dapat gaji 500 sebulan ok)

Semangat dah pun hilang, mood pun dah lari habis macam mana. Sesak kepala sakit nafas memikirkan hal ni. Kata my sista aku gila talak pada office lama. Hahahahahaha. EA dok pulun tanya aku pasai apa aku jadik macam tu. Adakah aku ada masalah kat tempat baru?? Jawapannya nehiii. Aku tak der masalah tapi entahlah. Jarak perjalanan memang jauh hampir satu jam baru sampai ke office. Tapi tu bukan masalahnya. Masalahnya aku sendiri pun tak tau kenapa dan aku memang tak mau kerja kat sini. Titik.

Kemudian aku refer pada EA lagi..dan sekali tu aku kena la kaw-kaw dengan EA. Kena tarbiah ok. Dan..dengan muka cemek, cembeng, kemek aku pun bersiap ke office dan hari ni aku dah ok. Dah ceria dan happy dan aku sukaaaa..tak percaya?? sudah lerr.
muka ceria ok

No comments:

Blog Widget by LinkWithin