Wednesday, 5 January 2011

dah sekolah dah !!!

Dia dah masuk sekolah dah. Cepatnya masa berlalu. Masih ingat lagi 7 tahun lepas dok bawa perut kat dia. Dengan Bang Chik dok menyusu. Nak lahirkan dia ni memang lawak, over due date ni, sampai kena induce. Tapi masa kecik senang jaga dia. Tak ada masalah.
Tok sah dok kenang peristiwa lalu la kan. Dia ni nak pi sekolah tak ada masalah pun. Dia memang excited nak pi sekolah. Lebih lagi bila beli beg sekolah color pink yang gambar princess tu. Cuma masalah dia satu ja. Cukup lepat liat nak bangun pagi. Jenuh goncang badan tak juga bangun. Jalan terbaik kena curah air sejuk atas dia baru la dia kalut bangun. Keh keh keh boleh macam tu? Dah jadi tabiat aku, masa nak hantar depa pi sekolah tu kalau boleh sampai ke pintu kelas aku nak hantar. Tapi apakan daya kelas abang jauh. Acik pun sama. Jadi sampai ke bangunan sekolah ja la aku hantar. Feel tak usah cakaplah. Macam-macam perasaan ada. Emo. Dalam hati berbisik, anak aku dah besar rupanya kan? Rasa macam baru semalam ja aku lahirkan depa.

Note: Dah 3 hari kat tempat baru. Semalam down sangat..hari ni ok lah..esok?? belum tentu..

2 comments:

Yan said...

Selalunya mak2 yg telebih emo or excited. Anak2 cool je..

Madam Casper said...

Yan..
Tu la..mak ni skit2 nak emo..anak dapat hadiah pun mak emo..anak tu seronok kah kah

Blog Widget by LinkWithin