Saturday, 1 January 2011

1 January 2011

Jenuh nak gerak anak dara EA bangun pagik. Semalam kan main beria dia pesan suruh kejutkan dia pukoi 630. Semangat nak masuk darjah 1. Tapi pagi ni?? Kan main liat lagik. Aku kena goyangkan badan dia macam nak gaduh baru dia bangun. Kami ke sekolah berdua jer. Malas nak ajak EA. Semalam dia kan balik kerja lewat kesian la plak. Lagi pun Chu Muad'z baguih dok tidoq.
Rupanya syok tau kalau keluar dengan anak gadis sendiri nih. Tak sabaq nak tunggu anak gadis EA tu besaq boleh la kami merayap selalu. Sampai sekolah aku siap register dia, masuk kelas dan cari tempat duduk. Wallah dia kena dok sorang2. Sebab mai lambat. Tak kisahlah. Janji dia happy tak banyak songeh. Walaupun dia tak la kenai kawan-kawan baru tapi depa cepat jer masuk. Tapi dah ku pesan pada bodyguard dia..tolong tengok-tengokkan adik sama. Hehehehe.

Tadi beli buku tulis siap-siap, untuk 3 orang dah terbang beberapa kepin RM..biasalah kalau anak ramai time nak penat tu masa raya dan masa nak buka sekolah. Itu kata orang dan aku copy-paste balik jer. Tapi masa nak kenduri nnt pun lagik parah jugakkan??? Hehehehehe.
Aku nak mengumpat skit. Kat sekolah tadi. Aku lari kejap pi beli buku, lepas tu cari bilik taklimat untuk parents..nan ado aku jumpa jadik aku patah balik ke kelas Mek Tet. Pakai nama manja jer lah senang nak bercerita. Bila aku sampai aku tengok depa sibuk dok mengaler. Kat meja Mek Tet dah ada 4 orang budak. Ohh syer kaler dengan Mek Tet. EA beli kat Mek Tet kaler 24 batang hang tau..jadik bayangkan 1 kaler merah tu ada 3 jenis mau tak meriah. Yang syer kaler tu tak ada kaler. Aku bukan kedekut tapi geram dan berkira mungkin....Bukan ibu bapa tak tau kalau dah masuk sekolah tu start dari darjah 1-6 kena ada color.Beli la bagi kat anak. Tak mampu yang mahal yang murah berlambak. Aku pernah sengkek sangat aku beli kaler kat kedai 2 hinggit ja. Untuk anak guna. Ini baru 1st day sekolah..seterusnya macam mana tak tau lah. Kalau syer sorang tak per la jugak ini 4 orang weiiiii. Balik bagi tau EA dia geleng kepala jer.
Balik rumah aku suruh ja Mek Tet tukar kaler dengan Abang. Bawa yang 12 batang jer.

Esok sepatutnya hari bersekolah bagi kawasan utara tapi di ganti ke hari Isnin. Kan dapat PH sebab Malaysia menang dalam perlawanan bola tu. Aku pun rehat gak esok. Hari ni last day kerja kat office lama. Isnin dah mula kat tempat baru.
Ada yang masih aku pendam pasal office lama ni nanti lah kalau aku rajin tu aku syer lah kalau tak tu biar aku jer lah yang tahu...huk huk huk

2 comments:

NB KARA said...

mek tet ni macam si Teta aje, dia lambakkan pensil warna dia dan kawan2 pinjam. Balik tengok2 hilang 2, hilang 1. Tadika sekarang tak bagi bawa anak2 bawa alat tulis. Dia orang sediakan, tapi yuran dia berdentumlah mahalnya..he he

Madam Casper said...

Kak Yati
Tu lah dia ni pemurah sangat. Tiap hari dok pesan duit belanja sekolah jangan bagi pada kawan. Nanti dia yang lapar.
Kebanyakkan tadika dah buat macam tu kan. Tapi dah nama pun budak2 kadang2 depa nak jugak bawa color depa pi sekolah.

Blog Widget by LinkWithin