Saturday, 1 January 2011

Dah 2011 daaaa

Selamat tinggal 2010. Pergi yang tak akan kembali. Macam lagu Rabbani la pulak. Welcome 2011. Bila tahun silih berganti..mesti ada azam baru. Namun entahkan tertunai atau tidak azam tu hanya tuan punya diri yang tahu. Moga apa yang diazamkan tu tertunai hendaknya.

Bagi aku tahun 2011 di mulakan dengan menjejak kaki di tempat kerja baru. Syukur dengan rezeki dari yang MAHA Esa. Aku tidak mahu berazam. Sebab kadang-kadang apa yang aku azamkan tu tak dan nak realisasi pun. Cuma aku akan berusaha kearah hidup yang lebih baik mau pun untuk dunia dan akhirat. InsyaAllah. Bila tahun bertukar ganti bermakna umur pun makin meningkat. Zaman untuk enjoy macam zaman muda remaja dah pun berlalu. Apa yang ada dalam kepala otak cuma nak didik anak2 supaya menjadi anak yang soleh dan solehah, jadi isteri yang baik (walaupun hari-hari ada saja yang tak kena hehehehehe) dan pekerja yang terbaik dan apa lagi??? semua yang terbaiklah....

Oklah SELAMAT TAHUN BARU 2011 kepada yang menyinggah di blog aku yang tak seberapa ni. Tinggalkan lah jejak insyaAllah nanti aku akan balas kunjungan yer. Jumpa balik hari Isnin 3/1/2011 di tempat baru dan suasana baru...

1 comment:

Yan said...

Happy New Year

Blog Widget by LinkWithin