Thursday, 17 February 2011

balentine days???

Cerita basi pun. Baru aku nak riuh hahaha. Tanggal 14 February riuh ler umat manusia ni sambut valentine. Bila ke pasaraya yang godang nak bermacam aneka hiasan valentine day ni. Lawa la juga itu aku akui la. Jujur aku tak pernah pun sambut valentine ni. Opss lupa masa zaman sekolah Form 3 aku dok hostel. Riuh budak-budak hostel ni pasai sambut valentine. Macam-macam version yang keluar la pasai valentine ni. Konon Paderi Valentine tu lah yang buat plot nak satukan Romeo dan Juliet lah. Pening nak percaya yang mana satu. Sumber adalah terhad jadi rasa-rasa cerita tu logik dek akal, ok boleh lah.

Yang aku nak ceritakan pasai sambutan budak2 hostel aku. Hahaha aku lah MEGAMIND nya. Ada satu kelas yang letak bunga ros plastik atas meja cikgu. Kelas kawan aku. Ada aku kesah???. Letak bukan setangkai dua tapi sejambak. Jadi bayangkan lah. Hahahah nak bagi bunga pada secret admire hari valentine? Tak ada masalah..jom ikut aku. Yaaa aku dan sekutu aku pi kidnap bunga tu melalui tingkap kelas. Hahahaha dan kawan aku pun ikut sekali kira dia sabotaj kelas dia la. Ada aku kesah lagi? Tak ada. Dapat bunga tu jual plal 5 kupang setangkai. Hahaha bisnes la plak. Laku jugakk. Ya la kat asrama tu ada juga la yg ada secret admire , kakak angkat abang angkat adik angkat? Aku?? tak de sapa2 pun. Aku toke bunga curi jer hihihihihi.

Sampai dah zaman rumaja , bernikah beranak pinak pun tetap gak aku tak sambut valentine day tu. Nak2 dapat suami yang kadang tarikh lahir dia sendiri pun dia lupa. Elok lah bila di haram kan sambutan tu sebab memang tak ada faedah langsung pun. Mula2 keluar dinner, lepas tu bagi bunga , lepas tu baju hilang, lepas tu ada la bayi yang terbuang......

No comments:

Blog Widget by LinkWithin