Tuesday 1 February 2011

kita

Tajuk entry relevan dengan isi cerita
@ tidak tak kisah pun.

Dulu pernah berkolaborasi dengan orang itu...
Mula-mula semuanya ok
Semuanya berjalan lancar
Tapi bila dah sedara -mara orang itu masuk campur, tolak, darab dan bahagi..keadaan dah jadi cacamarba. Ka
lau bubur caca boleh di makan. Kenyang!!!
Bila kita akhirnya jadi mentimun kita beralah..mana larat nak lawan dengan durian yang kulitnya tajam. Kita redha. Kita bawa diri.

Tapi kita jumpa balik orang itu. Ok kita berbicara macam biasa. Macam tak ada apa yang berlaku. Bak kata orang barang yang lepas jangan di kenang. Dan anak kita rupanya satu sekolah dengan anak dia, dan yang kita terkejut bila anak orang itu kena
duduk kelas khas. Kalau dah kelas khas maka sendiri faham maknanya kan. Kita tengok anak dia ok jer rupanya ada masalah juga. Orang itu malu nak cerita pasal anak dia kat kita tapi kita tak kisah pun sebab masing-masing ada lebih dan ada yang kurang. Anak kita yang tua pun balik tanya kita kenapa lah si F iaitu anak orang itu jadi macam tu. Kita jawab senang saja, semua tu kehendak Allah..jangan di kutuk atau suka-suka nak gelakkan si F.

Balik kita cerita pada EA. Reaksi E
A mudah saja....orang yang buat kat orang memang selalu lupa tapi orang kena akibat tu takkan lupa dan yang paling BERKUASA pun tak lupa...

sekian...
Pic orang api ni tak ada kena mengena dengan isi cerita sekadar gambar hiasan

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers