Thursday 10 February 2011

Matman bukan hero-part 2

Matman perlahan-lahan mengintai dari balik langsir rumahnya. Dia melihat pemandu lori tersebut mundar-mandir di hadapan rumah Pak Mud. Matman segera teringat Ibunya yang suka benar melihat nombor plate kenderaan kemudian menyuruh mereka adik beradik mengira berapa jumlah nombor tersebut. Jika betul mereka akan mendapat sebiji gula-gula choclairs. Lama kelamaan sudah menjadi kebiasaan Matman,Najmie dan Sara untuk melihat nombor plate kenderaan. Mata Matman pantas mencari nombor plate lori tersebut. WHB 4647 dan selamat di simpan dalam kotak ingatan Matman. Walaubagaimana pun Matman tetap mencatat dalam buku nota yang di sediakan Ibu. Ibu menyediakan buku nota untuk Matman mencatit apa jua aktiviti mereka tiga beradik di rumah.
"Abang !!! buat apa" Matman terlompat kerana terkejut. Najmie sudah bangun dan menghampiri Matman. Matman mengangkat jari telunjuk ke mulut, menyuruh Najmie mendiamkan diri.
Najmie menghampiri Matman. Dia turut mengintai di luar.
"Tengok lori dan orang tu" Arah Matman kepada Najmie. Najmie hanya memerhati. Mata Najmie amat tajam. Mungkin Najmie suka makan karot agaknya.
Rumah Pak Mud nombor 2 dari tepi. Di tepi rumah Pak Mud adalah rumah kosong. Tuan rumah tersebut katanya menetap di luar negeri. Kawasan rumah agak semak dengan rumput yang tinggi. Cuma Pak Mud yang rajin memotong rumput di kawasan rumah kosong itu. Tapi sudah sebulan Pak Mud tiada kerana ke Johor Baharu maka memang semak lah kawasan itu.

" Pak Cik cari siapa?" akhirnya Matman bersuara. Daun tingkap di tolak agar lebar. Terkejut pemandu lori yang di panggil Pakcik itu. Dia menoleh ke arah Matman.
" Nak hantar barang yang di pesan oleh tuan rumah ni" jawab pemandu lori itu.
"Oh barang ke rumah Pak Ali ke? " Soal Matman lagi. Di tangan nya sudah tergenggam erat telephone tangan yang di beli abah untuk kegunaan Matman dan adik-adik di rumah. Dalam telephone tu tercatit nombor ibu, abah, balai polis dan segala nombor yang penting. Nombor telefon balai polis yang berdekatan sudah terpapar di skrin telefon. Matman bersedia jika pemandu lori itu melangkah masuk ke kawasan rumahnya dia akan segera memicit punat panggilan.
" Ya ya rumah Pak Ali. Dia pesan perabot kayu jati dari Indonesia. Dia tak ada di rumah ker?"
Matman tersengih kepada Najmie. Pemandu lori tu memang berniat jahat. Itu rumah Pak Mud bukan rumah Pak Ali.
"Jerat dah masuk perangkap" bisik Matman ke telinga Najmie. Najmie menceber bibirnya.
" Pak Ali ke rumah anak dia. Petang ni dia balik. Pakcik datang baliklah petang ni" Kata Matman. Pemandu lori tersebut mengangguk kepala kepada Matman. Kemudian dia seperti bercakap dengan seseorang dalam lori. Dia mengangkat tangan kepada Matman dan memandu lorinya pergi. Matman mengeluh lega. Dia kemudian menyambung melihat cerita kartun.
"Abang !! pakcik tadi tangan kirinya ada parut panjang" tiba-tiba Najmie bersuara. Matman menoleh ke arah Najmie.
" Mana kau nampak?" soal Matman.
" Tak nampak ke masa dia bercekak pinggang? kemudian tangan kirinya menggaru tangan kanan? Masa tu la Najmie nampak." ujar Najmie. Matman mengangguk kepalanya. Dia percaya cakap Najmie. Najmie memang mempunyai daya penglihatan yang tajam.
" Nampak gaya buku Estet Rahsia harus di keluarkan balik" Kata Luqman.
"Ok...Najmie kejutkan Sara sekarang " Ujar Najmie lagi. Matanya terus bersinar bila mengingatkan buku Estet Rahsia yang di katakan Matman.


Apakah buku Estet Rahsia? Apa kesudahan Pakcik berparut di tangan? Tunggu sambungan part 3

Kak NB agak-agak boleh buat citer kanak2 tak?? hehehehehe

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers