Thursday 10 February 2011

Matman bukan hero!!!

Cuti sekolah penggal pertama dah bermula. Bila cuti bermula bermakna Matman dan dua adiknya kena duduk di rumah. Tidak ada istilah cuti-cuti Malaysia. Memandangkan kedua orang tuanya berkerja. Bila cuti sekolah bermakna juga Matman dan dua adiknya kena duduk di rumah manakala dua adiknya yang masih kecil di hantar kerumah pengasuh. Matman sudah biasa dengan keadaan itu malahan dia sudah mampu untuk mengawasi adik-adiknya iaitu Najmie dan Sara.

Pagi itu suasana di sekitar kawasan perumahan tempat Matman tinggal sunyi sepi. Semua penghuni rumah sudah keluar dari sarang masing-masing. Keluar mencari rezeki yang halal. Ibu dan Abah Matman pun sama juga.
" Matman, ibu dan abah dah nak pergi kerja. Duduk kat rumah elok-elok, jangan bergaduh, kunci pintu, jangan buka pintu pada orang yang tak kenal. Ada apa-apa hal cepat2 call ibu atau abah..." Pesan ibu Matman. Matman sebenarnya sudah boleh menghafal dialog ibunya. Matman hanya tersengih, mengganguk faham.Kawasan perumahan tempat tinggal Matman dan keluarganya.

Matman mengunci pintu pagar dan grill rumahnya. Semua tingkap di buka sedikit. Radio pun di buka agak kuat. Rumah Matman menunjukkan seolah-olah seperti ramai orang. Dengan kain baju di ampai yang siap di ampai oleh Ibu.

Kain baju yang di ampai ibu

Najmie dan Sara masih nyenyak di buai mimpi. Maklumlah cuti sekolah. Sementara menunggu kedua adiknya bangun Matman melayan cerita kartun di televisyen. Tiba-tiba sebuah lori berhenti dihadapan rumah Matman. Matman bangun dan mengintai dari tingkap rumahnya. Turun seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 30 tahun. Meninjau-ninjau rumah Pakcik Mud jiran Matman. Pakcik Mud tak ada di rumah. Setahu Matman Pakcik Mud ada di Johor Bahru kerana melawat anaknya bersalin. Matman menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Lori seperti inilah yang berhenti di hadapan rumah Pak Mud

Apa jadi seterusnya?? Tunggu sambungan Matman Bukan Hero part 2. Kenapa lori tu berhenti di hadapan rumah Pak Mud.

1 comment:

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

wah suspen aje ni casper, lori tu jahatkan? Sambung cepat2

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers