Tuesday, 22 March 2011

Alam & Manusia

Sekadar memenuhi hajat Danish yang suruh aku ambik gambar2 ni masa nak hantar dia kerumah Mak Tom. Ini kerbau yer adik-adik. Tapi Danish panggil "bahelo". Kelmarin lagi aku geram lepas hantar Danish aku pusing nak ke opis sekali mak kerbau yang sama size macam tok wan gajah elok melepak atas jalan. Berpeluh tangan aku picit hon kereta di buat derkkkk jer. Nak tak nak aku kena turun tarikk tali dia..elok dia menonong ikut tali tu aku lari masuk dalam kereta. Ya la dah lah tanduk nala punya panjang dan tajam mau di sondol aku???

Inilah burung bangau..dok sibuk tangkap ikan kot dalam sungai yang air nya nan ado tu. Tapi kalo air pasang sungai tu memang penuh.

Inilah lembu. Her her harap maklum memang fesyen orang sini suka-suki tambat lembu, kerbau tepi jalan. Yang lebih sadis ada juga yang pakai biar jer lembu, kerbau tu tanpa di ikat.

3 comments:

NB KARA said...

casper ya ALLAH beraninkan turun, tarik tali dia. Hesy2..kalau akak agak-agaknya tunggulah lembu tu, sejam dia duduk, sejamlah akak dalam kereta..ha ha

Chibi Maruko said...

kurusnya lembu tu....... apalah rahsianya.

Madam Casper said...

Kak Yati..
Kalo tunggu dalam keta kan mmg tak dok tercegat situlah kerbau tu. Macam tugu negara. Gerammmm

Chibi:
Tuan lembu tu pakai ikat jer lembu tu tepi jalan dan suka ati lembu tu lah nak makan apa. tu yang kurus tu...kesiannn

Blog Widget by LinkWithin