Wednesday, 30 March 2011

Phoolan Devi



Aku tertengok cerita Bandit Queen kat youtube. Kisah pasal Phoolan Devi. Lahir dari kasta yang rendah..lepas tu kecik-kecik dah kena kahwin dengan orang yang 3 kali ganda umur dari dia. Phoolan ni kuat melawan, tegas walaupun dia perempuan. Apa yang aku rumus kan perjalanan hidup Phoolan memang ngeri. Di rogol oleh laki dia sendiri. Lepas tu dia lari dari rumah laki dia balik ke rumah dia. Di ceruk India adalah sesuatu yang taboo bila isteri lari meninggalkan suami. Phoolan dan keluarga di pulaukan, di cerca. Tersentak hati aku bila dia di pukul, sepak terajang di fitnah kononnya hendak menggoda anak ketua kampung. Padahal anak ketua kampung yang hendak merogol Phoolan.
Memang ngeri dan sadis tengok filem ni. Bila Phoolan di tangkap oleh Lala Ram bersaudara..lepas tu dia di rogol bergilir-gilir. Hampir 3 minggu dia menjadi hamba seks Lala Ram dan sekutunya. Kekasihnya Vikram di bunuh. Bila dia berjaya melepaskan diri, Phoolan mendapat bantuan Baba Mustakim..dia di beri 10 orang untuk membantu Phoolan membalas dendam. 1981 Phoolan membunuh 22 orang kampung.
Akhirnya Phoolan menyerah diri. Dia dalam tahanan selama 11 tahun. Bila di bebaskan pada tahun 1994, dia menjadi MP bagi kawasannya. Walaubagaimana pun Phoolan di bunuh di depan rumah nya sendiri pada tahun 2001. Tengoklah sendiri filem ni. Walaubagaimana pun Phoolan sendiri tidak suka dengan filem Bandit Queen ni..dia telah menyaman producer filem ni.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin