Wednesday, 30 March 2011

Underwater world

Minggu lepas buat lawatan sambil belajar ke UWW. Dah lama aku dok janji nak bawa budak-budak ni masuk. Dah bunyi-bunyi kat telinga abahnya suruh coti tapi dah dia buat derkk aku pun buat derkk la juga. Misi tetap berjalan dengan lancar walaupun awalnya malas nak pi sebab hujan. Sampai kat sana baru ler ku mesej bg tau dah ada kat UWW. Hahahahaha tau plak jeles.



Nih kat KOI POND.
Dia excited tengok Pingu tu
Muad'z yang teruja dan takut...sebab KUKAN besaqq
My Abang Chik
Yer inilah anak bujang aku,..ada yang berkenan???

Tiket masuk aku kena bayar 14 hinggit for adult dan 10 hinggit for kids. Sebab ic aku dah beralamat sini. Kalau yang ada Mykad 28 hinggit for adult dan 14 for kids. Ok lah sekali sekala masuk sini. Tengok ikan dalam tangki. Patut tak boleh letak UWW tapi Tank World kot. Budak-budak memang enjoy tapi yang aku geram tu aduhai banyak sangat pit stop jual barang cacamarba. Bagi aku bukan cenderamata tapi cacamarba yang harga nya 2/3 kali ganda mahal. Kalau pihak UWW nak buat duit dengan menyewa kiosk pada peniaga agak-agaklah. Ini lepas ko jalan tengok Pingu kat depan tu ada Kiosk jual barang cacamarba nih..tak ke angin??? Dah tu end of lawatan tu nak keluar pun huishh lagi banyak. Depa ingat aku nak beli ker? No way..tapi pakai si Danish tu dah bawa lari belon yang spiderman tu nak tak nak aku pi bayar la 3 hinggit. Ok lupa aku nak cerita...kat enterance tu pun dah kena pow dengan staff ker apa ke. Cehh approach aku nak ambik gambar. Aku tanya free ker...dia kata tak kena bayar pun. Aku pun ambik la gambar tu. Tapi bila dah keluar..cess sekali aku kena bayar 30 hinggit kah kah kah . Depa ingat aku hadap sangat gambar tu? Memula aku tanya ko kata free now kena bayar 30 hinggit har har har har boleh jalannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.


No comments:

Blog Widget by LinkWithin