Wednesday, 20 April 2011

Lagu mana ni??

Yang aku nak perkisah ni. Pasai si Abang a.k.a Tok Man. Yang boleh timboi nama Tok Man tu Danish la dia tak reti nak sebut Luqman..di bantainya Tok Man. Yang si Abang pun layan dok bahasa diri dia Tok Man....tapi aku tegur suruh Danish panggil Abang Tok Man. Dia ni banyak nick-nama salah satunya MATMAN. Ni anak kawan aku Puan Nord yang panggei. Budak2 tergeliat lidah nak sebut Luqman maka jadik la Matman. Cukup pasai nama.
Tok Man ni badan dia besar. Kenan aku la tu. Sampai nak sunat dia kena post-poned tahun ni. Bukan apa "birdie" dia tu haluih sangat. Dia kena la kurang makan. Tapi nan ado nya dia nak kurang makan..tambah makan ada la. Dia tak active sgt dgn sukan2 ni.
Satu hari dia ada masuk latihan kawad. Nak berkawad masa acara pembukaan majlis MSSD. Dah terpilih dan abahnya pun dah sign surat bg kebenaran. Tapi silap dia sebab dia tak bawa surat tu maka namanya di gugurkan. Air mata berlinangan. Salah sapa? Salah diri sendiri.
Kemudian masuk latihan bola baling. Tak terpilih juga. Masa aku tengok dia berlatih pun aku dah tau apa keputusannya. Tapi tak pa lah.
Yang aku sedar dia minat muzik, nyanyi. Balik rumah dok tiup rekorder. Aku marah sbb bingit dan aku tak suka. Dia dok menyanyi kat telinga ni minta di belikan gitar nak belajar petik tali gitar dgn abang fikri kat bawah rumah tu. Aku diam jer.
Bukan aku tak nak layan kehendak dia tapi tahun depan dia nak exam UPSR. Takut dia lalai jer nanti. Ralit petik gitar. Dia kata kalau dia dah pandai boleh main gitar kat rumah org kawen...hangat hati dengar. Aku discuss dgn abahnya..memang ada niat nak hantar dia pi belajar petik gitar ni..yuran pun ok lah. Kesian juga dekat dia..dah hobi dia ke situ. Tapi takut dia dok pulun tu lupa nak belajar..lagu mana ni???La ni bukan macam dulu yang ibu-bapa boleh paksa anak suka-suki kan???

Satu yang aku kesal anak-anak aku tak turun minat aku yang suka membaca..ermmmm. Bila depa tanya kita boleh jawab..depa heran dari mana ibu tau aku jawab dengan membaca...masing-masing jawab "oooooooooooooo" jer ishh

3 comments:

luckylizan said...

tukman , mat man....hihihi....lukman..hihi..banyaknya nama dia..qiut

tunoor73 said...

matman.....paling best....bagi jer belajar gitar...hampa mak pandai2 agihla....bdak2 ni ada gitar tapi cikgu x der...belajaq kut you tube pun boleh.....
beli yang murah dulu...pastu dah pandai baru beli yang mahai....

mmg ikut mak dia pun.... xreti bersukan....ajk la p main futsal ka...badminton kaa...tiru cam kami niiii....p aerobik kaaa...hahahahaha

sharkcreep said...

i follow u... follow me back k? :)

Blog Widget by LinkWithin