Tuesday, 19 April 2011

Trauma

Ya hari ni baru aku sedar yang aku sebenarnya hidup dalam trauma. Aku sendiri tak sedar yang aku hidup dalam trauma.
Menurut Stamm (1999), stres traumatik merupakan suatu reaksi yang alamiah terhadap peristiwa yang mengandung kekerasan (seperti kekerasan kelompok, pemerkosaan, kecelakaan, dan bencana alam) atau kondisi dalam kehidupan yang mengerikan (seperti kemiskinan, deprivasi, dll). Kondisi tersebut disebut juga dengan stres pasca traumatik (atau Post Traumatic Stress Disorder/ PTSD). Menurut Pickett (1998), ada dua bentuk simtom yang dialami oleh individu yaitu : (1) adanya ingatan terus menerus tentang kejadian atau peristiwa tersebut, dan (2) mengalami mati rasa atau berkurangnya respon individu terhadap lingkungannya. Kondisi tersebut selanjutnya akan mempengaruhi fungsi adaptif individu dengan lingkungannya. Seringkali, peristiwa yang traumatik akan sangat menyakitkan sehingga bantuan dari para ahli akan diperlukan dalam mengatasi trauma yang dialami. Petikan ni aku ambik dari sini. Tapi trauma aku ni tidak lah sampai aku perlukan Psikiatri untuk menarbiah aku dan sebagainya. Aku masih lagi mampu meneruskan aktiviti aku, mampu lagi membezakan baik dan buruknya. Aku kan hebat.
Cuma bila aku ralit dalam melakukan sesuatu perkara contoh macam tengah memandu nak balik kerja atau pergi kerja dan bila aku tak melayan si Danish borak..secara cepatnya fikiran aku melayang balik peristiwa atau keadaan yang aku lalui selama 6 bulan dari January 2010 hingga June 2010. Di depan aku macam skrin dan segalanya berputar balik. Dalam skrin tu aku nampak Aku, Luqman, Bg Chik, Kakak, Danish dan Muad'z. Aku nampak "mereka-mereka" itu. Aku tonton balik bila mana aku sedih bila melihat 10 biji mata anak-anak aku. Bila anak aku angguk kepala faham dengan wajah yang muram bila aku menolak permintaan mereka nak beli ice-cream. Bila dalam perjalanan aku nak ke ATM ambik duit yang baru di masukkan oleh EA..aku lalu depan sekolah dan anak-anak aku sesen pun tak bawa duit kesekolah. Aku meraung dalam kereta. Kakak di belakang dengan Muad'z dan Danish, hanya diam memerhati. Bila satu hari anak-anak mengidam KFC dan curi-curi aku bawak anak-anak ke KFC. Dan dalam perjalanan pulang aku suruh mereka rahsiakan yang kami ke KFC. Bila aku pura-pura senyum depan anak-anak bila mereka mengadu yang aku ni di katakan hanya tahu perabih duit EA.Bukan kah aku dan anak-anak di bawah tanggungjawab EA?? 6 bulan bersamaan dengan 180 hari. Dan aku rasa amat sayang sekali bila aku hanya mensia-siakan 180 hari tu. Tengah hari tak ada benda nak di kunyah...terpaksa aku tebalkan muka dengan jiran sebelah yang berniaga di depan rumah. Minta bagi dulu goreng pisang buat alas perut anak-anak aku. Malam nanti baru EA masukkan duit. Pernah bila gas dapur dah habis, aku rebus ikan dengan rice cooker dan panggang ikan dengan toaster yang boleh di buka tu. Aku bukan tidak mahu berkerja..berpuluh kerja aku cari tapi tak ada yang sesuai. Aku takkan paksa diri aku buat sesuatu yang aku tak suka. Tolong faham. Tapi insan yang satu ni tidak faham, dalam lembut dia membisakan aku. Bila aku dapat kerja,balik kerja Muad'z merangkak atas tanah, Danish masih pakai baju tidur...aku nak hantar ke nusery tak di beri izin. Habis???? Segalanya aku telan dan tersumbat di kerongkong. Itulah duit adalah segalanya..bila berduit yang jauh pun mengaku bersaudara..bila kau papa ? Fikirlah.
Tapi yang menguatkan aku untuk terus melangkah bila aku pandang 10 biji mata itu dan Allah tidak akan menguji hambanya jika di luar kemampuan hambanya. Aku set kan dalam minda aku yang ramai lagi orang yang lebih sadis hidupnya dari aku. Apa yang aku rasa cuma 1/10 jer. Rileks. Dan semalam juga baru aku sedar yang Luqman masa tu memang bukan Luqman. Dia melawan aku. Suka cari pasal dengan aku. Dan aku tahu dia juga sebenarnya tertekan dengan situasi kami ketika itu dan dia tidak tahu macam mana nak beritahu pada aku. Alhamdulillah
sekarang Luqman bagi aku adalah the best!!!!! Tapi dia masih ingat sampai ke hari ni bila huluran salamnya tidak bersambut..dan mukanya tidak di pandang. Nampak benar dia terkilan.....

Aku tidak mahu saat-saat ngeri 180 hari tu berulang lagi. Minta di jauhkan Allah. Aku sudah selesa dengan keadaan sekarang dan minta-minta rezeki ini di panjangkan Allah..InsyaAllah. Dan aku tidak pernah menyebut tentang kampung, tidak pernah berhasrat untuk balik kampung. Bila sebut pasal kampung terus saat-saat ngeri tu di ulang tayang. Anak-anak memang ada sebut pasal kampung tapi ada saja alasan aku. Untuk mendiamkan mulut mereka aku bagi tau raya nanti balik ler kita. Saat aku menaip n3 ini aku masih lagi teringat-ingat...sampai bila keadaan ini akan berterusan???

2 comments:

Deena Sulaiman said...

casper, bila deena amati ape yg casper luahkan, kadang rasa terkilan betapa rugi nya kita x keje, at least bleh membantu dan buat simpanan sendiri..sebagai manusia dimuka bumi ni, kita tak bleh lari dgn dugaan dan ujian dari Nya.. dan bila dpt mengecapi kehidupan yg lebih selesa maka kita pasti menghargai erti hidup yg sebenarnya..

Dulu deena penah bekerja selama 13 tahun dan buat freelance.. tapi deena yakin wlau hanya surirumah rezeki kami sentiasa x putus dan deena x boring bila ada kwn2 spt casper dan lain2 di alam maya ni.. tks casper.. :(

tunoor73 said...

madam.....ini adalah satu dugaan tuhan nak uji keimanan kita....kekuatan fizikal dan mental kena kuat....sabar n tabah dan yang penting usaha tawakkal dan byk doa....itu ja yang dpt kami bgtau hmpa....tuhan akan uji setiap umatnya sama ada kecik atau besaq
teruk ataupun parah....
sabaq byk2 n sedekahlah fatihah kat insan ITU....semoga tuhan buka hati dia jadi insan yang baik...amin...
cewah2....ceramah pagi maaaaa.....

Blog Widget by LinkWithin