Wednesday, 18 May 2011

Happy Teacher Days



Selamat hari guru kepada insan yang bergelar GURU dan kepada kawan-kawan yang berstatus GURU. Dulu aku pernah apply nak jadi cikgu 5 kali jugak la...sayang tak dak rezeki. Kalau tidak aku dah jadi Cikgu Casper kan. Tapi la ni baru aku sedaq kenapa rezeki aku tak de ke situ sebab aku ni cenge (garang ler tu). Ya la bila ajar anak-anak , sekali ajar jer aku nak anak aku paham. Ajar baca Quran pun macam tu jugak..selalu Abang kena jerkah dengan aku. Last Abahnya suruh anak-anak dia belajar quran dengan orang lain. Tapi kerja sekolah tetap refer kat aku jugak. Nasib ler kalau ada yang kena piat telinga. Kalau la aku jadi Cikgu, mau kes aku dgn student ja kat court tu kah kah kah .

Guru dulu dan sekarang amat berbeza. Guru dulu berdasarkan pengalaman aku memang ikhlas dan dedikasi betoi masa mengajar. Masa aku darjah 1 ada la rakan sekelas yg asyik lari balik rumah...cikgu kelas aku Ahmad Bahari namanya...sanggup kayuh gerek pi pujuk Asri mai sekolah. Cikgu Shahid yg ajar kelas pemulihan, sanggup bawa murid2 dia ke kantin ambik minyak masak lumur ke kepala anak murid semata-mata nak bagi hensem. Berapa kerat Cikgu la ni yang sanggup buat macam tu la ni? Cer citer mai? Zaman aku sekolah rendah dulu thn 1984 budak2 sekolah pakat selekeh. Pakai pinafo tak pakai tali pinggang. Tapi tak de nya cikgu nak komplen. Tetap ajar tanpa mengira baju comot, selekeh, kepala berkutu hahahahaha.
Yang paling meninggalkan kesan ialah Cikgu Wan Chik. Dia ajar BI. Masa aku darjah 3..teruk aku kena dengan dia. Tapi aku tak balik mengadu kat Tok aku pun. Sebab dah memang salah aku dan lagi satu kalau aku mengadu sure aku kena. Tapi ada la jugak mulut hangsuang yang balik citer kat tok aku. Ini jenis pesyen perasan pandai..sekali dengan mak dia perasan anak dia hebat dan pandai. Spesis jenis ni memang kalau aku jumpa aku tak tegur punya. Start lepas aku kena dengan Cikgu Wan Chik tu la aku celik BI...sampai ujung tahun aku di nobatkan cemerlang dalam BI...tapi aku tak la fluent sangat bahasa ni. Past tense present tense masih tunggang langgang sampai ke la. hua hua hua. Zaman dulu juga kami amat menghormati guru, segan silu bila terserempak cikgu kat mana-mana.....

Cukupla cerita aku pasai cikgu. Selamat Hari Guru untuk semua!!!!!!!!!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin