Monday 16 May 2011

Luahan

Semalam macam biasa adalah tugas aku menjadi supirah kepada En.Suami. Masa dok bersiap tu kepala otak dah merancang untuk singgah minum teh tarik gelas besar kaw-kaw kat kedai mamak. Dan sudah merangcang plant bagus punya tak mau bawak geng PKR.. kecuali Muad'z. Bukan apa kalau aku bawa Geng PKR yang cukup korum itu maka berlari-larian lah depa kesana-kesini. Seperti aku ada share pulak dengan mamak itu. Tetapi abang telah menyuarakan hasrat hati hendak mengikut aku. Maka tiba-tiba angin kus-kus pasang siap sudah mari maka terus aku berkata seperti ini (dialog lebih kurang)

Am need a rest for my self and my mind. Am really exhausted to taking care of u and ur sibling 24hrs without adequate rest. Once in a while pls understand my situation.
Dan walaupun Abang tidak lah fluent berbahasa Inggeris begitu juga dgn Ibunya maka dia menjawab
Ok..mum i understand!!!!
Jawab dengan muka yang monyok dan sedih kekonon tak boleh ikut aku.Acting mau bagus agar ibu kesian ok!!!
Bukan niat di hati aku nak marah atau melepas geram. Tapi benda terjadi secara tiba-tiba. Aku yang memang letih lagi rasa letih bila dengar ayat dia nak ikut. Aku cuma minta sedikit ruang untuk aku bersantai-mantai sambil menikmati teh tarik mamak gelas besar kaw-kaw itu walaupun pemandangan hanya dinding batu. Tapi as a mother..masa nak keluar rumah tetap juga ku angkut Geng PKR itu bersama. Dan niat untuk melepak kedai mamak cancell..sebab aku memang tersangat tidak larat untuk melayan Danish dan Muad'z yang tidak pernah paham bahawa aku dan Mamak tu belum share partner lagik...ahak!!!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers