Monday, 30 May 2011

Melukut di tepi gantang


Baju batik oren itulah En.Hassan
Janganlah korang heran tengok pic diatas. Aku yang patut heran dan terkejut (patut ker?) Persamaan antara aku dan orang-orang dalam pic di atas ialah kami syer bapa yang sama. Itu jer. Maknanya antara mereka dan aku adalah flesh & blood betoi dak? Tetiba terspeaking London..maklum la x-bf orang London. Dulu masa zaman remaja, cinta monyet gayut kat pokok petai aku tak kisah semua ni. Tapi bila umur dah nak masuk asar, gigi pun dah 3 batang di cabut..sebatang berlubang aku jadi makin sensitif, seorang yang perasa. Boleh jer aku nak buat selamber kodok, hati kering seperti 4 tahun kemarau tapi aku ni manusia biasa jer. Ada juga hati dan perasaan. Jadi aku rasa tak de salah dan cacat celanya aku nak berperasaan macam tu kan???
Majlis di atas adalah majlis pertunangan anak En.Hassan yang no 3. Lelaki. Maaflah tak tergamak aku nak type perkataan keramat "adik" tu. Tak terluah perkataan tu di kerongkong aku. Maaf!!!. Terima kasih pada FB ..sebab walaupun aku tak di war-warkan berita gembira tu tapi dengan adanya FB aku tau juga!!!! Terlintas di benak aku, alangkan berita gembira aku di "black listkan" macam mana pulak dengan berita antara hidup dan mati??? Nota di sini: Aku tak pernah buat taik dengan mereka sampai aku di "blacklist" cuma aku guna perkataan tu supaya korang dan aku paham maksud aku....kalau tak paham tanya lah aku :)

Hati yang telah sedia terluka, tercalar, tersentap telah dicalar, dilukai lagi...habis kapan bisa sembuh???

3 comments:

Deena Sulaiman said...

sabar la casper... ini lah pentas dunia.. ! dan lumrah alam... jgn kan org luar, saudara sendiri pun sanggup sisihkan kita..

Madam Casper said...

Tu lah Deena..rasa frust sgt walaupun kami x rapat dan mesra apa salah bg tau awok. tak de no phone FB kan ada tinggal jer mesej..

H.U.S.M.Y.N.A said...

tak pa la...aku ada...dah tak da blog nanti pun, aku still singgah sini....

Blog Widget by LinkWithin