Monday 13 June 2011

Pantas

Masa berputar dengan amat pantas. Hari ni dah 13/6/2011. Tak sabaq nak tunggu Ramadhan.Semalam kami sambut birthday En.Atan dan Bg Chik. Beza 1 hari jer abahnya 12/6 dan bg chik 13/6. Dan Muad'z pulak 27/6. Tu dia 3 sekali aih dalam family kami bulan June tiga orang sambut birthday.
Aku cuti dari hari jumaat lagi, Muad'z demam. Tinggi suhu badan dia. Badan dia naik bintik-bintik ingat kan campak. Siap pi ambik air tawar lagi. Malam tu dia tak leh tidoq dengan aku sekali tak leh nak tidoq dan abahnya juga join sekali tak leh tidoq. Apa lah tidaknya kejap2 dia panggil abah..kejap2 dia panggil ibu. Esok pagi suhu badan dia panas sesangat. Dah ke hospital pulak kami. Kat hospital doktor kata bukanlah campak tapi macam allergic gitu. Dia bagi ubat. Aku join jer sekali air tawar dan ubat hospital. Hasilnya dah OK. Tapi kesan dari demam tu keja dia asyik nak melekat jer dengan aku. Tak boleh nak berenggang. Makin manja dan sora dia makin lembut. Alahaiiiiiiiiii seriauuuu aku. Semalam dia buat projek, abang nak pi cuci dia tak mau..aku nak hantar dia pi toilet pun dia tak mau nak aku la jugak.
Bersembang dgn EA. Dia ada la bagi tau pasai kerja dia. Itu la ini la...dengar tu rasa lega dan bersyukur la jugak. Lagi membara la niat aku nak dok dirumah. Tapi aku tak la sembang dengan dia lagi. Rasanya lepas dapat bonus adalah masa yang sesuai untuk aku berhenti kot. Tahun depan abang dah darjah 6 dah nak masuk rumaja dah anak bujang aku yang sulung. Aku rasa masa tu adalah masa yang memang mencabar untuk depa. Dengan yang 4 nak membesaq lagi. Fuhh tak menang tangan rasanya....


Opss...cerita panjang lagik..tapi kena stop sebab aku nak jumpa Pak Abu. Korang kenai Pak Abu? Alahai wedding planner masa majlis kahwin Erra & Yusry dulu tu. Minta-minta jadilah dia menyewa disini.........(tu semua bonusssssss)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers