Wednesday 6 July 2011

Salah ker gemuk?



Baca kat rumah Kak Jee pasai kisah insan yang besar atau senang cakap gemuk la. Dulu masa zaman sekolah aku pernah rasa terlalu rendah diri sangat dengan keadaan fizikal aku yang berisi. Kadang-kadang rasa sedih sangat bila di ejek oleh kawan-kawan. Lali dengan keadaan tu aku bina semangat sendiri. Peduli apa orang nak kata janji aku happy dan yang penting aku tak kacau orang. Ya la aku tak pernah kacau pakwe orang tapi aku kacau orang yang dating dalam library. Aku kan librarian...masuk library nak bercinta jer..mau aku tak marah. Jadi aku report kat cikgu la..hahaha jahat kan aku?Ha kisah pasai bina balik keyakinan diri tu...ya bila dah minda dah di set bahawa kita cantik, pandai dan hebat dari orang lain jadi semangat kita kuat. Kita tak akan goyah dengan apa yang orang ejek kita. Zaman sekolah aku happy go lucky sesangat. Aku aktifkan diri dengan persatuan itu dan ini. Lepak kat library. Sampai ke zaman kerj
a ni aku dah tak menoleh ke belakang lagi. Dah tak malu dengan fizikal aku. Sebab semangat dan keyakinan diri aku kuat. Walaupun kadang2 ting tong jugak. Biasalah aku pun manusia biasa la jugak.
Aku hairan bila orang lain yang perasan dia tu hebat sangat, kurus cantik jelita boleh ejek orang lain. Salah ker jadi orang gemuk? Salah ker? Kalau semua dalam dunia ni kurus..hidup dah tak jadi seimbang dah tak jadi warna-warni. Masa depa mengejek, menyindir dan bagi depa itu hanya gurauan depa tak fikir ker perasaan orang yang di ejek?.Tolong lah jangan mendiskriminasi sampai macam tu sekali. Tak kira kurus, pendek, katik, gemuk semua berhak untuk hidup dengan gembira.
Aku ada jiran yang suaminya asyik perasan isteriny
a cantik. Satu hari dia perli aku..jawapan aku pada dia lebih kurang macam ni " Jangan kalut pasai aku...sebab laki aku tak pernah kalut nak puji ka kutuk bini hang "
Juga ada x-opismate yang bila terserempak dengan
aku asyik kondem aku yang main membesaq..depan orang ramai plak tu. Satu hari aku tak tahan so aku jawab ler " Laki aku tak kalut bising hang yang kalut...awat hang dok bela aku ker? Aku makan pakai duit hang ker? Tak kan..so jangan dok kalut pa
sai aku ..aku tak suka.." ada lagi la ayat2 aku yang lain ..yang membuatkan muka dia berubah warna.


Kat atas tu pic aku zaman sekolah...heheheheh saja jer tempek. Kepada mereka yang sama size dengan aku jangan lah rasa rendah diri jika di ejek atau di jadikan bahan gurauan..bina keyakinan diri yang kita sebenarnya lebih baik dari mereka!!!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers