Thursday 7 July 2011

Mood gumbira!!!

Hari ni mood ibu dan abah depa gumbira jerr. Mana tak nya pagi tadi ke sekolah sign report card. Alhamdulillah anak 3 orang yang selalu aku bagi aku nak pecah kepala, menjerit sampai nak tercabut anak tekak, pagi-pagi dah start berdengung kat Youhanees yang macam-macam karenah.
Tapi tadi aku rasa berbaloi la jerit pekik aku..anak bertiga tu menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam peperiksaan. Youhanees yang tadika pun tak habis cukup mengejutkan kami.

Youhanees-Komen cikgu overall dia ok!!! cuma kuat main dalam kelas. Yes itu memang betoi, aku tau dia suka main.

Bang Chik: Anak yang sorang ni sentiasa dapat feedback yang baik dari cikgu dia. Tak pernah menimbulkan masalah. Sentiasa nak melibatkan diri dalam aktiviti kelas. Dan handwriting dia pun cantik...tapi kat rumah dia antara yang memeningkan kepala aku. Malas nak tolong buat kerja rumah memang dia lah, asyik nak main pun memang dia lah, masa nak exam aku suruh dia buat ulangkaji dia boleh main gusti dengan Danish.

Luqman: Dia ni artis dalam kelas. Lambat cikgu masuk dia kira menyanyi jer. Ada improvement dan cikgu pesan juga dia kena tumpu pada Matematik sebab dia lemah sikit subjek tu.

Okies hari aku nak senyum sampai ke telinga kalo boleh...hahahaha maaf mood aku tengah gumbira dan keciwi sesangat!!!

1 comment:

PINATBATE said...

Salam tahniah utk anak-anak tu..semuga terus cemerlang.

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers