Wednesday, 24 August 2011

Baloq

Hari ni dah 24 ramadhan. Dah tak sampai seminggu nak sambut aidilfitri. Sayu jer rasa hati. Dan aku ni baloq makin menjadi-jadi. Malas nak update blog, malas nak lipat kain dan malas nak masak. Janji nak buat kuih dengan anak-anak pun tinggal janji jer. Memang malas sungguh.

Kami akan balik kampung hari tengok anak bulan tu. Plan nya nak balik hari ahad tapi apa kan daya, EA salah date masa hantar kereta untuk naik kargo. Aku suruh dia hantar hari sabtu..dia pi hantar hari Ahad. Maka hari isnin lah kami balik. Kelam kabut la jawabnya. Dah janji dengan Ibu Mertua ku nak masak rendang >>>>>>>>>.. bukan aku yang masak tapi EA..aku tukang potong-memotong jer. Nak kemas rumah MIL lagik. Rasa macam tak cukup kaki tangan dengan keadaan yang sat dok wekkk sat ok..ishhh. Tapi buat setakat mana yang larat dah ler kan...tak larat tak payah paksa diri.

Kelam kabut sebenarnya aku nih, baju raya anak-anak cari tak siap sepenuhnya, kasut raya abang chik dan danish belum beli lagi. Bang Chik dah tanya bila nak beli ? Baju melayu pun belum ada lagi. Baju kurung aku dan kakak yang di hantar ke tailor pun aku tak tanya dah siap ke belum. Pendek kata persiapan untuk raya aku dan EA memang tak der lagik huhuhu. Hari Sabtu ni baru nak kampoi semua. Hari Sabtu ni lah nak servis kereta, hari sabtu tu juga nak tukar tayar kereta, hari sabtu tu juga nak cari ken batik untuk MIL & FIL. Hari tu juga nak cari bekas kuih raya untuk MIL...nak beli kuih woiiiiiiiiiiii haruuuuuuuuuu.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin