Thursday, 11 August 2011

Tradisi tukar juadah


Ingat lagi masa zaman kanak-kanak tahun 80an. Time bulan puasa paling best. Apa taknya bulan tu la macam-macam kuih yang tak pernah makan ada chance nak makan. Lauk pauk pun best. Dulu tak pernah jejak kaki ke pasar ramadhan semua masak sendiri. Yang best petang-petang aku lah tukang hantar kuih kat rumah jiran-jiran. Masak sejenis jer kuih tapi bila nak berbuka macam-macam ada hah makan sampai santak perut keh keh keh . Tapi la ni mana ada dah macam tu. Semua pakat beli jer termasuklah aku juga. Balik rumah masuk dalam rumah tutup pintu, siap meja nak berbuka. Tak ingat dah nak hulur sikit kuih-muih kat jiran tetangga walaupun tu kuih beli. Apa salahnya kan.
Memang terasa rindu dengan suasana dulu-dulu. Awal bulan puasa dah mula himpun tempurung, buat lubang lepas tu susun kat kayu yang di pacak ke tanah. Bila malam 7 likur bakar fuhh meriah sangat. La ni dah tak merasa semua tu pun. Tambah dok kat umah yang tak jejak tanah dan boleh capai awan ni apa pun tak blehh....tension aku. Anak-anak kecek nak main bunga api pun aku x kasi bukan apa bahaya oooo .

cukup bebel..rerajin nanti sambung...

No comments:

Blog Widget by LinkWithin