Wednesday, 10 August 2011

10 Ramadhan..

Anak-anak masih kuat berpuasa lagi. Alhamdulillah. Kelmarin plan nak masak...macam biasalah kalau nak masak tu saheh yang simple-mimple. Udang goreng kunyit, sayoq hahahaha dan kuih karipap beli kat pasar ramadhan.
Jadik plan balik kerja nak singgah market beli apa yang patut tetapi aku tengok market padang mat sirat tu dah macam semut hurung gula. Jadik niat suci murni terpaksa lah di kenselkan. Aku tak boleh kalau ramai-ramai , peluh bercucuran pastu dan2 rasa pening kepala. Jadik singgah kat kedai tepi-tepi jalan tu beli ayam sambal 2 ketoi, ikan cencaru sekoq, sup fish ball, kuih 3 ringgit. Cukup juadah berbuka. Kos RM 11.50. Balik masak nasik jer. Lauk-lauk tu selamat di hadam tanpa meninggalkan saki-baki masa berbuka.
Sahur plak aku masak sardin dan goreng telur dadar jer dan goreng cempedak. Sekarang perut dok rasa berangin gara-gara makan cempedak. Sabar jer ler. Lepas berbuka kami terjah tempat kerja En.Atan sebab nak makan ice-kachang jer. Ice kachang best...tapi tak boleh nak menghayati keenakkan tu sebab Danish buat hal. Melasak tak tentu pasai. Hangin aku dan kena la sedas...lepas tu dia qeyau panggil abah dia..Ishhhhh...

Apa menu hari ni?? Nanti nak search resepi kah kah kah .

Noted; En.Tarmizi..lesung batu tu kami dah guna pagi tadi tumbuk cabai naaa...

3 comments:

PUTUBAMBU said...

cas..
aku pun hari2 dok termenung tak tau bila petang jek nak makan ape utk berbuka...

bersahur takde masaalah..kalau takde lauk2 or kuah..buat nasi goreng jek.. hehehe

Deena Yasmin said...

atenyer sahur tadi teman nak menggoreng sardin la kekdah nyer, gas abis la plak haa... sib baik ada lauk lebihan buka semalam :)

Madam Casper said...

Putu tu la pasaiii..fening...kat opis keja dok search resepi.

deena:
awok posa yg ke 4 kot gas habis..kol 430 pagi pi ketuk pintu umah orang yg jual gas tu keh keh keh

Blog Widget by LinkWithin