Wednesday 12 October 2011

Bangsat lah!!!1

Apa dosa adik 


ALOR GAJAH - Kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun petang kelmarin, membongkar kekejaman bapa tirinya berusia 37 tahun yang dipercayai sering mendera mangsa sejak beberapa bulan lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, mangsa, Mohd Firdaus Mat Dan dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh bapa tirinya sendiri dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ sebelum disahkan meninggal dunia.

Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat kecederaan pada paru-parunya, dipercayai dipukul dengan benda tumpul.

Ibu mangsa berusia 41 tahun yang ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah malam kelmarin berkata, dia tidak mengetahui kejadian menimpa anak bongsu daripada enam beradik itu, hasil perkahwinan pertamanya.

“Suami membawa adik (Mohd Firdaus) keluar bersamanya ketika pergi kerja pada pagi kejadian tetapi tidak membawanya pulang apabila dia kembali ke rumah.

“Saya tanya di mana adik dan suami kata, dia hantar adik ke hospital. Sebaik sahaja saya tiba di hospital, saya hanya dapat melihat tubuh adik yang kaku kerana dia sudah meninggal dunia. 
Selanjutnya korang baca kat sini http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story9626754.asp


Hukum tembak jer jantan camtu....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers